Friday, July 15, 2011

Sunday, July 10, 2011

SMART STUDENT MIND D' SK KOMPLEKS UDA- UPSR 5A DALAM GENGGAMAN




 JOHOR BAHRU, 8 Julai 2011:

Smart Student Mind telah berjaya diadakan di SK Kompleks Uda, BBU, Johor Bahru untuk persiapan minda pelajar tahun 6 menghadapi UPSR. Terima kasih kepada pihak sekolah dan tahniah kepada peserta seramai 140 orang.

Semoga UPSR 5A 2011 akan menjadi kenyataan. Luv U All!!!

You are smart student!!!!

1
"Program ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk mendapat 5A dalam UPSR."
- Hamzah b Mohamadon

2
"Saya MUHD RAZIEMAN B MT RODZI,saya seronok dapat mendengar ceramah-ceramah yang dapat membakar semangat saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih aunty lynn dan pak uda. Saya yakin saya akan mendapat 5A dalam UPSR. Terima kasih sekali lagi."
-          Muhd Razieman b Mt Rodzi

Friday, June 24, 2011

KELAS MANDARIN SUDAH BERAKHIR

Ni Hao!!

Pejam celik pejam celik, Kelas Mandarin 32jam@4 hari telah berakhir dengan jayanya pada Ahad, 19 Jun yang lalu.

Tuesday, May 24, 2011

Tarikh Kelas Mandarin Pertama!!!

Salam Ceria,

Syabas kepada sesiapa yang telah mendaftar ke Kelas Mandarin. Ini merupakan satu lagi sejarah kejayaan diri. Satu lagi sejarah akan terlakar apabila anda tamat Kelas Mandarin ini dan mampu berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Wow!!! Terujanya!!!!

Sejuta langkah bermula dengan langkah pertama. Jangan lupa untuk ke Kelas Mandarin yang pertama seperti dibawah:

Tuesday, May 17, 2011

Senarai Peserta Kelas Mandarin Mengikut Kumpulan Hari.

Salam,

Tahniah kepada peserta yang telah mendaftar,  sampai terlebih-lebih pulak....sib baik cikgu ok... Syukur alhamdulillah, kita dapat menikmati sebahagian dari rezeki (ilmu tu rezeki la kan..) yang Allah berikan kepada kita.

Kat bawah tu adalah senarai peserta, bole lah check kawan2 sekelas anda...kalo ada dekat2 rumah, bole datang sekali.... (Hari Rabu tu ada pasar tani/malam tau kat bawah kelas... penat belajar kan, so petang tu tak yah masak... ;);))

Sunday, May 8, 2011

Seminar Rahsia Kuasa Minda 9 (BP - 8Mei). Versi Baru, Lebih Mantap!!

Are You Ready!!

Happy Mother's Day: "Ibu! Ibu! Engkaulah Ratu Hatiku!"

Master Your Mind, Design Your Life

Peserta Memang Sporting Abissss!!!

Khusyuk dan Syahdu

Krew Mantap!!!

Semangat!! Bako...bako..bako!!! Pasti Boleh!!!

Buku Nota+Pen=Re-Mind

Masa Untuk Tindakan. Practice Makes Permenant!!

Saturday, May 7, 2011

Smart Student Mind SMK DUA- Sporting, Fun dan Terbaek!!



I Can Get 8A In PMR 2012!!!

JOHOR BAHRU, 7 Mei 2011- Alhamdulillah program Motivasi Pelajar Smart Student Mind telah berjaya di adakan di SMK Dato' Usman Awang,, Johor Bahru.
Terima kasih kepada pihak Sekolah kerana memberi ruang dan peluang kepada S.T.Richmind untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Tahniah kepada para peserta kerana memberi komitmen 100% sepanjang 4 jam program dijalankan. Adik2 mmg sporting dan terbaek!!!

You Are Smart Student!!!!

1
"Pengalaman saya ketika menyertai SMART STUDENT MIND adalah sangat memuaskan. Saya berasa sangat seronok. Saya banyak pelajari cara untuk mengarah minda supaya berkerja. Saya juga dapat pelajari untuk design my life. Dengan cara ini, saya dapat melakar perjalanan hidup saya. Program ini patut dibuat lagi untuk membantu lebih ramai remaja meningkatkan kualiti kehidupan."

-Nurul Izzaty Bt Ishraqi Shah
-SMK DATO’ USMAN AWANG

2
"Saya ingin program SMART STUDENT MIND buat sekali lagi. Untuk satu sekolah SMK DATO USMAN AWANG. Bagi saya team SMART STUDENT MIND terbaik dari ladang SMART STUDENT MIND. Saya cadangkan SMART STUDENT MIND berkembang lebih luar untuk membantu pelajar-pelajar dan orang yang di luar."

-Nurshahirah Bt Mohamad Tahir
-SMK DATO’ USMAN AWANG

Wednesday, May 4, 2011

Terbaru! Sukses Stori Pelajar SPM 2010 Dapat 'A' Seperti Yang Di Target Dan Lebih Lagi!



  1
Nuratiqah bt Laudin
SMK Dato’ Usman Awang
(SPM 2010)

 "Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana berkat dari usaha saya selama ini, 
saya dapat mengecapi kejayaan di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Walaupun hanya mendapat 5A, 3B dan 1C+ namun saya itu sudah memadai. Ini menunjukkan usaha saya membuahkan hasil. Sebelum ini saya memang memasang target 5A untuk SPM. 

Saturday, April 23, 2011

Smart Student Mind >>> Pelajar SMK DSE, Batu Pahat.

 BATU PAHAT, 23 April 2011- 
Terima kasih kepada Pihak Sekolah SMK Dato' Syed Esa (SMK DSE) kerana memberi peluang dan ruang untuk S.T.Richmind berkongsi program Motivasi Pelajar Smart Student Mind kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR 2011.

Sunday, April 3, 2011

Smart Millionaire Mind Intensive. Lain Dari Yang Lain!!

Memang Best!!!
JOHOR BAHRU, 2-3 April 2011:

Alhamdulillah, Smart Millionaire Mind Intensive telah berjaya di adakan di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru. Pakej kursus kali ini amat istimewa kerana termasuk penginapan, makan dan minum.

Antara kandungan program adalah:

Saturday, March 12, 2011

Seminar Rahsia Kuasa Minda 8 (JB- 6 Mac 2011). Terbaek!!!




1
"Best giler..Tak cukup, nak lagi, kerap adakan program ini lagi. Sangat-sangat membantu..Yang penting “Jangan percaya, tapi amalkan”. Biawak saya dah mati dah."
- Murhaya bt Muharam, Purchasing Officer HITACHI.
2
"Alhamdulillah…bersyukur dan terima kasih pada sahabat NORAZLIN NORDIN kerana memberi atau membuka jalan untuk mengikuti program ini. Terima kasih juga pada Pn. Siti Atkah kerana share knowledge. Banyak benda-benda atau ilmu-ilmu yang tak pernah saya bayangkan akan dapat hari ini. Hope we can organize more program with womenshoppe (J) Bhd..All the best!"
- Norazleen bt Mohamed Noor, Busines; ALRIN SERVICE.

Monday, January 31, 2011

Seminar Rahsia Kuasa Minda 6 (BP- 30 Jan 2011)

1

"Program yang berjaya meningkatkan kuasa minda saya dalam menganalisa, menghadapi dan menyelesaikan masalah termasuk duniawi dan ukhrawi. Pendekatan kerohanian dilakukan menambah minat saya untuk terus memilih ST Richmind sebagai langkah terbaik saya dalam mengubah langkah kehidupan saya kepada yang lebih baik. Saya lebih berenegetik dan percaya kepada keupayaan diri saya."
- Nurulaini bt Tomingan, Guru KPM.
2
"Pengalaman lain dari yang lain. Ilmu yang amat bermanfaat buat generasi sekarang dan akan datang. Rasa kebergantungan secara menyeluruh kepada pencipta; Allah s.w.t."
- Siti Salmah bt Abdul Ghani, Engineer PCA Technology S/B.

Monday, January 24, 2011

Motivasi Pelajar UPSR 18A

JOHOR BAHRU, 22 Januari 2011- Terima kasih kepada pihak SRIH kerana memberi peluang kepada ST-Richmind berkongsi ilmu dan pengalaman dengan 160 pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dan SPPM tahun ini.
Semoga mereka beroleh manfaat daripada program ini dan mencapai yang terbaik dalam UPSR dan SPPM. Semestinya 18A!

Ayuh ikuti komen-komen peserta kali ini:
1

"Saya rasa sungguh gembira mengikuti program ini dan pengalaman yang paling saya suka dalam program ini ialah berdoa dan bercakap dengan benda yang tidak hidup. Sekarang saya rasa ingin belajar bersungguh-sungguh kerana mendapat tips-tips untuk belajar. Harap program ini akan dilangsungkan lagi pada bila-bila masa. Saya suka akan penceramah kerana melayan kami dengan baik, terima kasih banyak. Wassalam."
- Nur Sabrina bt Khairanuar, pelajar.
2
"Alhamdulillah. Program ini amat bermakna dan berguna untuk saya. Semangat untuk belajar mula muncul dalam hidup saya. Walaupun badan terasa letih, tapi ia amat berguna bagi saya. Nasihat-nasihat yang diberi akan saya amalkan. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sekolah dan terima kasih SMART TEEN MIND."
- Maryam Nadhirah bt Baderol Allam, pelajar.

Monday, January 3, 2011

"SPECIAL TRAINING" KUASA MINDA UNTUK KECEMERLANGAN GURU


JOHOR BAHRU, 28 Disember- STRichmind Community dengan kerjasama SRK TUTA berjaya mengadakan 'special training' kuasa minda untuk kecemerlangan guru sebagai satu inspirasi kepada guru-guru untuk memulakan sessi baru persekolahan 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...