Monday, January 31, 2011

Seminar Rahsia Kuasa Minda 6 (BP- 30 Jan 2011)

1

"Program yang berjaya meningkatkan kuasa minda saya dalam menganalisa, menghadapi dan menyelesaikan masalah termasuk duniawi dan ukhrawi. Pendekatan kerohanian dilakukan menambah minat saya untuk terus memilih ST Richmind sebagai langkah terbaik saya dalam mengubah langkah kehidupan saya kepada yang lebih baik. Saya lebih berenegetik dan percaya kepada keupayaan diri saya."
- Nurulaini bt Tomingan, Guru KPM.
2
"Pengalaman lain dari yang lain. Ilmu yang amat bermanfaat buat generasi sekarang dan akan datang. Rasa kebergantungan secara menyeluruh kepada pencipta; Allah s.w.t."
- Siti Salmah bt Abdul Ghani, Engineer PCA Technology S/B.
3
"Dengan bayaran yang sangat murah boleh mendapatkan ilmu yang sangat berguna untuk dijadikan panduan melayari lautan kehidupan . InsyaAllah."
- Jamaliah bt Mohamad, Guru KPM.
4
"Saya memang mengamalkan pemikiran positif dalam kehidupan, tetapi apa yang menariknya program ini telah mengaitkan ilmu fizik dengan doa. Cara permintaan kita kepada Allah lebih spesifik dan lebih memberi kefahaman kepada saya bahawa kalau berdoa dengan permohonan yang tepat, insyaAllah permohonan ini dimakbulkan Allah. Best bercakap dengan alam sekitar."
- Syamsiah bt Besah, Guru MRSM Pontian.
5
"Selepas mengikuti seminar RKM ini, saya lebih komited dan bersemangat dalam melakukan apa jua tugasan. TQ ST Richmind."
- Zuraidah bt Abu, Pembantu Tadbir Pejabat Daerah Jasin

6
"Saya sangat gembira dan teruja mengikuti program ini dan akan memberitahu rakan-rakan dan adik-beradik saya untuk menyertai program ini pada masa akan datang."
- Sani b Abdul Muttalip, bekerja sendiri.
7
"Mengadakan kursus seminar di setiap Universiti tempatan dan membuat aktiviti lisan yang lebih untuk memeriahkan lagi seminar bagi mengeratkan tali silaturahim antara mentor, ceramah dan peserta yang menghadirinya. Kursus yang berguna ini dapat diadakan lagi di UTHM dan tawaran yang cukup istimewa bagi pelajar dan staf UTHM bagi setiap program yang diadakan."
- Nurul Azreen bt Hj, Jamal, Pelajar Kejuruteraan Awam UTHM.
8
"Selepas suami pergi seminar RKM di UTM Skudai, memang banyak yang didapati. Suami lebih positif, rezeki bertambah banyak."
- Wahidah bt Hasan, Berniaga Catering.
9
"Satu seminar yang mendedahkan kepada saya pelbagai kaedah yang mudah untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sangat-sangat disyorkan bagi mereka yang masih mencari rentak untuk bermula. Kelas ini dipenuhi dengan praktikal. Tahniah kepada penganjur."
- Mohd Imran b Shamsudin, Kerani RISDA.
10
"Alhamdulillah ini kali kedua saya mengikuti seminar ini sekadar untuk refreshing. Kali pertama membuat getaran terhadap satu kelas pelajar saya yang terkenal dengan kelas yang nakal dan bising sewaktu mengajar. Berkesan apabila saya membuat getaran pada awal kelas dan akhirnya sepanjang saya mengajar, semua pelajar saya duduk diam dan belajar dengan tekun."
- Siti Aisah bt Sawin, Guru KPM.
11
"Community program ini adalah yang terbaik yang tidak pernah saya dapat selama kehidupan saya dalam dunia ini. Program ini mengajar saya bahawa segala perbuatan, usaha, ilmu untuk berjaya sentiasa di perhatikan oleh Allah. Maka mintalah dengan yang Esa. Dan tidak ada sesiapapun yang boleh member melainkan Allah. InsyaAllah."
- Zaharah bt Mohamad, Nurse.
12
"Superb!!! Seminar sebegini seharusnya lebih didedahkan kepada orang ramai. Tahap keyakinan saya telah meningkat ke 100% selepas seminar. Chaiyuk!!
Cadangan : Ilmu rahsia tarikh lahir juga perlu didedahkan = )"
- Siti Atikah Humairah bt Maksom, Pelajar.
13
"Best sangat!!! Banyak ilmu baru. Terlalu banyak ilmu baru yang boleh dipelajari untuk mengenali diri. Tak sabar untuk mengikuti kursus-kursus advance."
- Haslina bt Jamil, Guru SMK Dato’ Syed Esa Batu Pahat.
14
"Kursus yang sangat hebat. Ketahuilah rahsia kuasa minda yang sememangnya kita tidak pernah ketahui. Satu ilmu yang baru untuk bekalan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Saya amat teruja untuk kursus yang berikutnya."
- Hidayati bt Tunggal, Guru SMK Tun Ismail Parit Raja.
15
"Saya bersyukur kepada Allah dengan adanya seminar sehari ini, insyaallah dapat membantu diri saya dari segi mental dan fizikal dalam perjuangan meneruskan hidup ini. Terima kasih."
- Razak b Daman, Pekerja Swasta.
16
"Seminar ini amat berguna untuk menjana minda supaya sentiasa berfikiran positif. Cadangan supaya seminar ini disebarluas kepada pelajar-pelajar di sekolah pedalaman atau luar Bandar dengan kos yang mampu bayar."
- Shanah bt Ngadi, Guru SMK Dato’ Menteri.
17
"Program ini sangat unik dan menarik dan sesuai untuk semua peringkat. Jarang sekali program seperti ini didengar dan jarang dapat dipelajari. Syukur kerana menerusi program ini, dapat member perubahan yang positif kepada peserta-peserta yang menghadirinya. Syabas dan tahniah diucapkan."
- Rabeatul Ikhmar bt Mahsin, Kaunselor SK Convent Batu Pahat.
18
"Saya mendapat pelbagai ilmu baru. Kini saya lebih bersemangat dan yakin untuk meneruskan kehidupan dan kerjaya saya. Terima kasih Allah."
- Siti Norliza bt Abdul Rahim, Guru SMK Seri Gading Batu Pahat.
19
"Seminar ini sangat berkesan dan seminar yang diberikan akan dipraktikkan dalam kehidupan harian. Unlogic but very fantastic, funny and unlogic can be possible and LOGIC. I hope for the next seminar, I will come again."
- Saliza bt Asman, Pensyarah UTHM.
20
"Saya sangat teruja dengan RKM dan selepas RKM pertama, saya telah mengamalkan terutamanya Wish Card dan salah satunya telah berjaya…terima kasih Allah, terima kasih Allah, terima kasih Allah. Kedua, NLP juga telah saya lakukan, begitu juga dengan switch pattern memang Nampak perkembangannya, terima kasih Allah. Getaran impian juga telah saya lakukan walaupun sedikit tetapi Nampak hasilnya."
- Normaziah bt Boonijan, Guru SMK Tun Ismail Batu Pahat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...