Wednesday, May 4, 2011

Terbaru! Sukses Stori Pelajar SPM 2010 Dapat 'A' Seperti Yang Di Target Dan Lebih Lagi!



  1
Nuratiqah bt Laudin
SMK Dato’ Usman Awang
(SPM 2010)

 "Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana berkat dari usaha saya selama ini, 
saya dapat mengecapi kejayaan di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Walaupun hanya mendapat 5A, 3B dan 1C+ namun saya itu sudah memadai. Ini menunjukkan usaha saya membuahkan hasil. Sebelum ini saya memang memasang target 5A untuk SPM. 
Alhamdulillah saya berjaya. Hasil usaha saya dan galakkan dari guru-guru, ibu bapa 
dan rakan-rakan termasuklah mengamalkan teknik alpha yang dip elajari dalam kursus Rahsia Kuasa Minda. Saya memperolehi ketenangan serta dapat memberi tumpuan dan perhatian dalam pelajaran. 
Saya amat berterima kasih kepada guru, ibu bapa dan individu-individu lain yang menyokong saya dari belakang. 

Segala jasa akan dikenang sampai bila-bila."



 2
Nurul Syazwani bt Baha’uddin
SMK Dato’ Usman Awang
(SPM 2010)
"Alhamdulillah saya mendapat 4A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. 
Selepas menyertai seminar ST Richmind, saya mendapat sesuatu yang positif dalam kehidupan sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tumpuan saya kini lebih fokus bukan sahaja terhadap pelajaran malah terhadap ibu bapa dan juga agama. 

Saya target A untuk subjek kegemaran saya iaitu Perdagangan. Sebelum ini saya hanya  setakat lulus (D) sahaja. Tetapi untuk keputusan SPM 2010, saya memperolehi A. Ini kerana usaha, semangat dan mengamalkan teknik alpha. Kini saya perlu focus untuk  melanjutkan pengajian ke IPTA dan pastinya saya akan mengamalkan teknik alpha ini."


 3
 Nuur Hazimah bt Baharuddin
SMK Dato’ Usman Awang 
(SPM 2010)
"Alhamdulillah syukur kepada Tuhan yang telah memberikan saya peluang mengikuti Seminar Rahsia Kuasa Minda yang sangat berguna dan bermanfaat kepada kehidupan seharian saya. Pelbagai tips dan panduan telah diberikan oleh penceramah yang berfikiran dinamik. Telah memperkenalkan beberapa kaedah terbaik dalam mendekatkan diri kepada Allah. 

Sememangnya rezeki dan kejayaan yang telah saya perolehi dalam peperiksaan SPM baru-baru ini, datangnya daripada Allah ta’ala. Namun, usaha saya dalam mencapai impian ini juga diambil kira. Tanpa usaha, masakan Allah berkenan untuk memberikan ganjaran kepada kita. Teknik-teknik yang diperkenalkan seperti Swicth Pattern, Alpha dan VAKS banyak membantu saya dalam mencapai kejayaan. 

Oleh itu, Seminar Rahsia Kuasa Minda ini merupakan seminar yang sangat berguna kepada semua individu tidak kira agama dan peringkat umur. Seseorang yang bijak menggunakan dan menyesuaikan kepandaiannya terhadap sebarang bidang yang diceburi pasti akak mencapai kejayaan. 

Saya berasa sangat bertuah kerana telah diperkenalkan oleh Cik Norlidah tentang seminar ini. Walaupun tidak sampai 3 bulan menyertainya, keberkesanannya amat menakjubkan! Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang; 6A. Paling membanggakan, kesemua subjek yang ditarget, saya berjaya perolehi A. Selain itu, impian-impian saya juga tercapai. Terima kasih Allah!"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...