JOHOR BAHRU, 8 Julai 2011:
Smart Student Mind telah berjaya diadakan di SK Kompleks Uda, BBU, Johor Bahru untuk persiapan minda pelajar tahun 6 menghadapi UPSR. Terima kasih kepada pihak sekolah dan tahniah kepada peserta seramai 140 orang.
Semoga UPSR 5A 2011 akan menjadi kenyataan. Luv U All!!!
You are smart student!!!!
1
"Program ini membuatkan saya rasa lebih bersemangat untuk mendapat 5A dalam UPSR."
- Hamzah b Mohamadon
2
"Saya MUHD RAZIEMAN B MT RODZI,saya seronok dapat mendengar ceramah-ceramah yang dapat membakar semangat saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih aunty lynn dan pak uda. Saya yakin saya akan mendapat 5A dalam UPSR. Terima kasih sekali lagi."
- Muhd Razieman b Mt Rodzi
3
"Saya dapat pengajaran dalam program smart student mind. Saya juga dapat ilmu pengatahuan. Saya yakin smart student mind dapat hadir ke sekolah kami lagi kerana program ini sangat bagus. Saya yakin yang saya mendapat 5A dalam UPSR."
- Nor Syakina bt Hassan
4
"Program ini sangat bagus dan banyak membantu saya nak mendapat 5A. saya yakin dengan petua smart student mind yang diberikan oleh aunty lin insyaallah saya dapat 5A. terima kasih kerana member petua smart student mind kepada saya."
- - Nur Akmal Nabila
5
"Saya berasa sangat gembira mendengar program smart student mind ini. Saya yakin akan mengubah hidup saya. Semoga penceramah ini di adakan lagi. Best ye ye…… saya yakin saya akan dapat 5A dalam UPSR."
- - Nurul Aida Nabilah bt Azami
6
"Saya lebih bersemangat untuk belajar dan mendapat 5A dalam UPSR. Banyak ilmu yang saya dapat dalam mengikuti program smart student mind. Program ini lebih baik dan menarik."
- Aida Sabrina bt Rosnan
7
"Saya lebih yakin untuk mendapat 5A dalam UPSR apabila saya mengikuti program ini. Saya berharap program ini akan diteruskan kerana ini program yang ‘TERBAIK’. Saya akan mengikut apa yang perlu dilakukan selepas program ini."
- Nor Syahleena b Azahar
8
"Program ini boleh mengubah hidup saya supaya menjadi lebih berfikiran positif. Semoga satu hari nanti saya menjadi seorang yang berjaya. Semoga allah sahaja yang dapat membalas budi. Doakan kami agar semua pelajar SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA mendapat 5A yang terbagus dalam negeri Johor. Saya begitu yakin yang saya akan dapat apa yang saya mahu. Saya juga dapat mencapai cita-cita saya.amin…"
- Nuraina Aqila bt Mohd Zaki
9
"Saya rasa saya boleh mengubah perangai saya yang terdahulu. Saya dapat merasakan yang saya akan mendapat 5A untuk UPSR. Program ini juga bagus dan dapat mengubah perangai yang negatif kepada positif. Apabila mendengar ceramah ini juga saya yakin yang saya boleh mencapai cita-cita saya."
- Athilah Fatanah bt Shafeie
10
"Saya rasa program ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada saya. Saya rasa saya dapat peluang untuk mengubah hidup saya. Terima kasih teramat sangat saya ucapkan. Memang power.. kalau boleh datang lagi dan saya memang yakin saya boleh buat."
- Shamira Alya bt Mohd Rashidi
11
"Program ini telah member saya pengalaman yang sangat baik dan ia telah menyedarkan saya bagaimanakah untuk menggunakan otak dengan betul. Ia sangat bagus bagi saya. Alhamdulillah, ia telah membuatkan saya tahu erti bagaimanakah menggunakan dan menjadi smart student mind. Saya berharap program ini dapat membuatkan saya untuk dapat 5A dalam UPSR. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan saya berjanji akan membuktikan kepada ibu dan ayah yang saya boleh berjaya dan cita-cita saya amin…"
- Nor Alisya Sofiea
12
"Program ini sangat bagus dan saya berasa sangat puas hati mengikuti program ini. Selepas saya mengikuti program saya akan mendapat 5A. insyaallah.. saya berjanji akan mengikut segala arahan yang disuruh."
- Raja Nur Maisarah bt Raja Saharudin
13
"Program ini sangat bagus dan saya berasa sangat puas hati dan gembira. Selepas saya mengikuti program ini,saya rasa lebih bersemangat. Saya cukup terharu apabila membuat getaran alpha. Saya harap program ini akan dianjurkan sekali lagi."
- Nurasyikin Maisarah bt Mohd Azli
14
"Program ini sangat bagus. Program ini juga dapat memberikan semangat untuk mendapat 5A dalam UPSR. Saya harap program ini diadakan lagi. Terima kasih kerana telah membuka harapan saya untuk mendapat 5A dalam UPSR."
- Aisyah bt Nordin
15
"Program ini merupakan pengalaman yang berharga dalam diri saya. Dengan adanya program ini,saya dapat tahu cara-cara untuk mendapat kejayaan yang paling bermakna. Saya berharap pihak program dapat menganjurkan seminar ini lagi.. seminar ini memang sangat bagus.. saya yakin dengan program ini saya boleh mendapat 5A dan sekarang saya lebih yakin untuk mencapai cita-cita dalam kejayaan saya."
16
"Saya dapat banyak pengalaman baru dan pengatahuan. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dengan apa yang telah diajar. Doakan saya mendapat 5A dalam UPSR. Terima kasih kerana mengajar saya. Saya berjanji akan mencapai cita-cita dengan kesungguhan saya sendiri. Terima kasih…"
- Syarina Najiha bt Mohd Shahazruddin
17
"Memang bagus, saya banyak dapat benda baru yang baik. Sekarang saya bersungguh-sungguh untuk mendapat 5A dalam pelajaran dan peperiksaan UPSR tidak lama lagi."
- Muhammad Shahrir Arief b Khairul Anuar
18
"Program ini sangat bagus dan program ini boleh membuatkan saya fokus pada peperiksaan UPSR. Program ini sangat bagus!!!"
- Irfan Shah b Muzafar Shah
19
"Program smart student mind adalah program yang terbaik. Saya dapat semangat saya untuk teruskan pelajaran dan mendapat 5A di dalam UPSR dan melihat muka kedua ibu bapa saya gembira dan bangga mempunyai anak seperti saya. Terima kasih smart student mind kerana menyedarkan saya daripada tertido."
- Nurul Farina bt Saadun
20
"Program yang diadakan ini memang sangat bagus. Saya harap program ini akan diadakan di sekolah kami lagi. Saya harap dengan program ini saya boleh mencapai 5A dalam UPSR. Program ini memang best gila."
- Nurul Azuwani bt Abd Halid
21
"Pengalaman yang sangat menarik, terbaik!!! Semoga panjang umur. Saya yakin akan dapat 5A dalam UPSR. Dengan bantuan S.T.RICHMIND. saya akan mengamalkan apa yang diajar. Terima kasih pak Uda dan aunty Lynn..
- Wan Muhd Zafran
22
"Program ini sangat bagus. Saya sangat suka akan program ini. Saya sangat suka akan program ini. Saya akan menggunakan program ini untuk masa akan datang. Saya yakin saya akan dapat 5A. program ini sangat terbaik daripada yang lain. Saya akan gunakan ilmu ini dengan sebaiknya.."
- Nur Fatin Yuslea bt Yusli
23
"Program yang menarik dan ia boleh mengetahui cara-cara untuk menjadi murid yang cemerlang. Pengacaranya yang baik. Saya yakin bahawa saya akan menjadi murid yang cemerlang."
- Muhd Harith Akmal b Muhd Hairullah
24
"Bagus!! Kali pertama saya mendapat ceramah yang bagus. Ini membuatkan berubah kepada yang tak berapa nak baik jadi yang baik. Saya yakin selepas ini saya akan mendapat 5A dalam UPSR. Saya terhutang budi kepada ibu dan ayah saya yang menjaga saya sampai sekarang."
- Nurul Haziqah bt Noor Hamizah
No comments:
Post a Comment