STRichmind Community mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana memberi peluang untuk STRichmind berkongsi ilmu dan menambahnilai kepada kehidupan masyarakat, khususnya masyarakat pelajar dan guru.
Sedikit perkongsian maklumbalas:
1
"Saya berasa sungguh gembira kerana dapat mengikuti Seminar Rahsia Kuasa Minda. Alhamdulillah seminar ini telah memberi sedikit sebanyak inspirasi bagaimana untuk memperbaiki hidup saya. Saya berharap dengan adanya kursus ini dapat meningkatkan lagi kualiti hidup saya."
- Noraishah bt Zulkarnain
2
"Pengalaman yang bererti buat saya. Menakjubkan. Mahu/boleh direalisasikan. Amat berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Semoga apa yang kami dapat pada hari ini boleh digunakan dalam kehidupan."
- Mikalsom bt Tuziman, Guru Penolong Kanan
3
"Suatu seminar yang bagus dan luar biasa. Saya belum pernah menyertai seminar Rahsia Kuasa Minda. Saya inginkan lagi seminar seperti ini. Saya hendak berjaya, berharta dan hidup bahagia."
- Morni bt Selamat, Guru Kaunseling
4
"Tahniah! Seminar Rahsia Kuasa Minda ini sangat baik dan saya sangat percaya bahawa jika kaedah ini dipraktikkan di dalam kehidupan seharian, akan membawa perubahan yang positif terhadap kualiti hidup dan persepsi kita akan lebih cemerlang untuk kesemua bidang yang kita ceburi. Dengan pengalaman yang saya perolehi hari ini, insyaallah saya akan implementkan untuk memajukan diri sendiri, anak-anak bangsa dan seterusnya I wish all the best to all your effort. May Allah bless both of you."
- Hanisah @ Norhasimah bt Ismail, Guru Penolong Kanan
5
"Program ini amat baik, banyak pengalaman baik yang saya dapat dan akan saya praktikkan. Saya ingin meneruskan mendengar program ini kalau diizinkan."
- Raila bt Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan,
6
"Menarik. Penceramah faham dan focus apa yang hendak disampaikan. Saya akan cuba mengikuti apa yang terbaik untuk saya dan pelajar agar segala yang diterima dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar saya terutamanya yang positif. Saya ingin menjadi seorang guru yang baik selepas mengikuti program ini. Terima kasih. Semoga jumpa dilain masa."
- Pn. Hjh. Jamilah bt Ismail, Guru Penolong Kanan,
7
"Seminar yang baik. Saya harap dapat mengikuti seminar yang serupa dimasa-masa akan datang. Saya amat percaya tentang kuasa minda yang berupa doa yang perlu kita ulang selalu untuk menjadi kenyataan."
- S. Hanim bt A. Rahman, Guru Besar,
8
"Saya merasakan seminar ini sangat baik dan memberi serba sedikit cara untuk menjdai seorang yang lebih berjaya dan bersemangat. Jika boleh, saya ingin mengikuti lagi seminar seperti ini untuk mendapat lebih banyak input yang berguna kea rah menuju kehidupan yang lebih bermakna."
- Zaliha bt Lamim, Guru
9
"Seminar Rahsia Kuasa Minda adalah seminar yang sangat baik pada saya. Dengan adanya pendedahan kea rah yang positif yang selama ini kita tidak menggunakan sepenuh yang mungkin. Alhamdulillah selepas ini saya akan menggunakannya. Dicadangkan mengadakan seminar kepada ibu bapa pelajar supaya pengalaman ini dapat dikongsi bersama di antara ibu bapa dan guru.
- Hjh. Siti Zainon bt Klewoon, Guru
No comments:
Post a Comment