Saturday, April 23, 2011

Smart Student Mind >>> Pelajar SMK DSE, Batu Pahat.

 BATU PAHAT, 23 April 2011- 
Terima kasih kepada Pihak Sekolah SMK Dato' Syed Esa (SMK DSE) kerana memberi peluang dan ruang untuk S.T.Richmind berkongsi program Motivasi Pelajar Smart Student Mind kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR 2011.
S.T.Richmind bersyukur dan gembira dapat bersama dan berkongsi  ilmu dan pengalaman dengan lebih 300  pelajar di SMK DSE. Semua pelajar boleh berjaya jika mereka memang betul-betul-betul ingin berjaya dan pastinya bermula dengan transformasi minda.
"I Am A Smart Student, I Score Straight A In PMR 2011"

Jom saksikan aksi-aksi mantop peserta dan apa komen mereka tentang program motivasi pelajar Smart Student Mind ni....Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya memenangi cabutan bertuah merupakan sebuah tabung unta. Mula menabung ye dik..;)





1
Wow!!!bestlah
"Wow!!!bestlah program ini.penceramahnya sangat berkesan dan memberi semangat serta dorongan.Kepada pak uda ,unty lin,dan lain2.thanks kongsi ilmu kamu kepada saya.Semoga say
a Berjaya di dunia dan akhirat,amin…Datanglah sekolah saya lagi…!!!Go go chaiyokk!!!saya gembira dan bersyukur kerana mendapat 8A dalam PMR 2011…yeahh!!!"

-Farhani bt Salleh, pelajar.
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT.

2
..teruja dengan keberkesanan..
"Saya teruja dengan keberkesanan yang telah diberikan oleh pihak ST-RICHMIND.Saya telah mempertingkatkan daya ingatan dalam minda saya dengan lebih baik.Saya rasa program ini boleh berkembang dengan lebih maju. Dahulu,daya ingatan saya lemah dan tidak
pandai menguruskan minda saya ,tapi kini saya telah rasa masalah saya kini telah diselesaikan."

-Siti Hanisah bt Muhammad Adil
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT.


 3
..tak takut..
"Terima kasih kepada guru-guru yang menganjurkan (seminar rahsia kuasa minda). Sekarang ,saya tak takut untuk belajar dan saya bersedia untuk menduduki  PMR 2011 kerana saya mendapat berbagai-bagai maklumat daripada program ini. Saya juga berjanji saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Terima kasih."

-kuhan a/l nagayah
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT.

 4
menyertainya sekali lagi
"Saya sangat berpuas hati dengan mengikut (seminar rahsia kuasa minda) kerana ianya membantu saya dalam cara-cara untuk mengawal minda dengan berkesan.saya ingin menyertainya sekali lagi. 
Penceramahnya yang tegas tetapi sporting.
Syabas!!"

-syafiqah bt hamzah
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT

 5
straight A dalam PMR 2011
"Ceramah ini sangat baik , saya percaya saya akan mendapat  straight A dalam PMR 2011."

-goh hui chin
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT

puas hati
"Saya dapat banyak belajar tentang kemudahan untuk fokus dan cara-cara yang senang untuk saya belajar. Saya sangat puas hati dalam program ini. Program ini juga dapat mengawal minda saya dan dapat meluahkan apa yang saya rasa susah untuk belajar. Dengan program ini saya memang berpuas hati."

-nur khairulnisa nabihah bt mohd yazid     
-  Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT        

7      
  Berjaya dalam apa jua keadaan  
"Program ini telah menyedarkan saya,bahawa saya boleh Berjaya dalam apa jua keadaan. Dengan syarat,saya perlu yakin akan diri saya,menyayangi diri saya,yang paling penting saya perlu pastikan diri saya mahu berubah untuk kebaikan saya dan keluarga dan masyarakat. Program ini juga telah membuatkan saya lebih rapat dengan ibu bapa dan kawan-kawan saya."

-khairulnasuha bt Arif
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT     

bangkit semula
"Program rahsia kuasa minda ini banyak memberi motivasi baik kepada saya. Keinginan ingin belajar semakin bersemangat dan rasa ingin bangkit semula. Pengalaman ini memberi kesedaran kepada saya .
Terima kasih…"


-nurul asyikin bt azmi
-Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT  

 10
impak yang berkesan
"Program ini memberikan saya pengalaman yang sungguh luar biasa . Memberikan input yang sungguh mendalam. Banyak faedah yang boleh diguna pakai dan memberi impak yang berkesan kepada diri saya."


-Sharifah Ameera bt Syed Yazid
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT  

 11
memberi kesan
"Program minda rahsia kuasa minda ini memberi saya pelbagai ilmu yang tidak pernah saya dapat selama ini. Ceramah yang diberikan amat padat & memuaskan bagi saya. Ia banyak memberi kesan kepada pelajaran saya."


-Nor Hazimah bt Ishak
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT  

 12
8A dalam PMR 2011
"Saya amat suka seminar rahsia kuasa minda ,yang sekolah saya adakan pada hari ini. Saya mendapat banyak ilmu untuk mencapai PMR yang terbaik 2011. Saya berharap kem ini akan di adakan lagi sebelum PMR bermula. Saya ingin mendapat 8A dalam PMR 2011."


-Syahirah bt Musa
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

 13
sangat confident
"Saya berasa sangat hebat luar biasa apabila menyertai seminar ini. Saya berasa sangat confident. Terima kasih ST RICHMIND."

-Nur Hidayah Nabila Adha bt Mustapha
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT  

14 
Penceramah sangat sporting
"Penceramah sangat ok dan bagus. Ilmu yang disampaikan amat difahami. Penceramah sangat sporting. Aktiviti yang dijalankan sangat bagus. Program ini dapat memberi ilmu kuasa minda. Program ini dapat memberikan kesedaran kepada saya."


-M.Rafiqi Hazim b Rahmat
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

 15
amat penting
"Saya amat berpuas hati kerana dapat mengikuti seminar ini. Seminar ini membuat saya sedar bahawa persekitaran disekelilingi kita ini amat penting kerana persekitaran kita ini,akan mendapat kejayaan kepada kita jika kita tahu menjaganya.selain itu,menghormati ibu bapa juga amat penting dalam kehidupan kita."

-Siti Nurhafizah bt Shamsudin
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

16
sesuatu yang luar biasa
"Alhamdulillah,hari ini saya telah belajar sesuatu yang luar biasa dan pengalaman saya mengikut program ini akan saya ingat dan lakukan dalam kehidupan saya."

-Abdullah Saleh bt Awwad
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

17
straight A dalam PMR 2011
"Kami sangat berpuas hati dengan program ini.jika program ini, jika program seminar rahsia kuasa minda ini ada lagi di sekolah kami. Kami mahukan yang terbaik lagi,dan kami mahu dapat straight A dalam PMR 2011."

-Nurashila bt Afandi
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

18
saya yakin,saya boleh!
"Alhamdulillah,pada hari ini saya dapat belajar pelbagai-bagai ilmu cara untuk menguasai minda.
Saya berharap saya berjaya dalam semua bidang insyaallah,dan saya yakin,saya boleh!!!akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada consultant ST-RICHMAND semoga kita dapat berjumpa lagi."

-Nur Aein bt Md nasir
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

 19
saya yakin dapat 8A+
"Assalammualaikum… saya harap kita akan berjumpa lagi di masa akan datang. Harap-harap program ini akan berterusan agar dapat membentuk generasi yang cemerlang. Program yang dilancarkan tadi amat memberi manfaat kepada saya . saya yakin dapat 8A+."

-M. Amerul Azizie bt Shahrudin
- Pelajar SMK DATO’SYED ESA,BATU PAHAT 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...