Sunday, November 21, 2010

Seminar Rahsia Kuasa Minda 4

BATU PAHAT, 21 Nov- Seminar Rahsia Kuasa Minda (Komuniti 4) anjuran ST-Richmind Community Programmes telah mengegarkan Batu Pahat dengan semangat 100%, komitmen 100% dan tenaga 100% peserta, jurulatih dan krew yang seramai 200 orang di UTHM, Parit Raja. Memang lain daripada yang lain!! Tahniah semua!

Bagi sesiapa yang berminat dan ingin menghadiri seminar terbuka yang telah berjaya mengubah hidup ramai orang, peluang terakhir untuk anda di pusingan terakhir roadshow Seminar Rahsia Kuasa Minda di Johor Bahru pada 12 Disember 2010.

Ayuh kita lihat aksi-aksi luarbiasa para peserta:




Masih tak puas? Ayuh kita hayati apa komen mereka pula:

"membuka mangga/rantai kunci"

Tahniah ST. Anda telah benar-benar membuka mangga/rantai kunci kotak pemikiran saya. Saya akan aplikasikan pada diri dan individu disekeliling saya untuk sama-sama mencapai kejayaan LUAR BIASA!

-Aziziah Abd Hamid, Guru.


"ilmu yang berguna"

Suatu program sangat3x berguna. Boleh digunakan untuk kegunaan/faedah diri sendiri. Malahan ada kebaikan/faedah juga untuk orang-orang lain (keluarga, jiran dan masyarakat amnya). Semua golongan boleh ikuti termasuk anak-anak dibangku sekolah rendah, malah anak dalam peringkat bayi pun boleh di’apply’kan. Segala ilmu yang berguna, insyaAllah akan dimakbulkan Allah jua.

-Mohd Karim Jais, Guru.


"kaya beriman dan bjaya"

Insya-Allah,mulai hari ini apa yg keluar dr mulutku semuanya yg baik2..tidak bsangka buruk pd sesape..aku dh mind setting minda aku utk berubah jadi kaya beriman dan bjaya..dan bantu kwn2 ubah minda jadi kaya dan pencen awal.. kekayaan,kesihatan,kebahagiaan smua terletak pd minda.Allah anugerahkan kita otak yg hebat..Terima kasih Allah..syukur pd Allah.

-Tajul Asmawee, UTHM


"seorang yang POSITIVE"

Saya sangat berterima kasih pada ST Richmind kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat berguna yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Mengajar saya untuk menjadi seorang yang POSITIVE. Thank you penceramah, thank you to all crews and thank you to Allah for giving me this special chance.

-Hanisah binti Kosrin, Executive, Maybank.


"bahagia dan JUTAWAN"

Program yang bagus. Teruskan usaha untuk menyedarkan ramai lagi Melayu agar lebih berjaya, bahagia dan JUTAWAN!! Program perlu diadakan lebih kerap agar dapat pendedahan yang lebih dalam – Pengalaman yang excellent!! Chaiyuk2x

-Zairah binti Senin, Guru, SMK Dato’ Bentara Luar, BP.


"berbaloi datang"

Sebuah program yang sangat menarik dan berbaloi datang. Saya akan datang lagi ke fasa berikutnya.

-Mohd Daud bin Salleh, Guru, SMK Dato’ Onn, BP.


"anak dah pulih"

Subhanallah!! Wish card saya sebelum ini saya nyatakan anak yang sering histeria pulih sepenuhnya sebelum November (SPM 2010) semasa Rahsia Minda 24/10/2010. Hingga ke hari ini, Alhamdulillah anak dah pulih sepenuhnya. TQ Allah.

-Zalilah binti Mashhud, Suri rumah.


"satu kelainan, kepuasan, kenikmatan"

Program ini memberi satu kelainan, kepuasan, kenikmatan yang sebelum ini tidak pernah saya ikut . Satu program yang memberi perubahan yang drastik dalam hidup saya. Saya mesti memperluaskan program ini kepada setiap kenalan saya. Harapan saya supaya program seumpama ini dapat dteruskan lagi supaya setiap hamba Allah mendapat manfaat bersama.

-Mohd Zulhilmi bin Abdul Rahman.


"Community Service"

Program terbaik saya hadiri bersama isteri. Diharap dapat diteruskan program seperti ini lagi dimasa akan datang. Semoga ST Richmind terus berkembang dan maju tak kira di mana jua tempat. Semoga berjaya dalam Community Service.

-Hairul Hariz bin Adnan, Asst. Manager


"input yang sangat hebat"

Saya merasa bangga dan bertuah, bersyukur kepada Allah kerana menghadiri kursus yang hebat ini. Penceramah @ motivator yang sangat hebat dan crew yang sangat mesra dan memberikan layanan yang istimewa. Saya mendapat input yang sangat hebat yang telah mengubah saya menjadi orang yang lebih positif.

-Kelthom binti Yaacob, Guru, SMK TPPTN.


"Tahniah! Bagus"

Tahniah! Bagus. Teruskan usaha. Dapat memberi promosi dengan lebih hebat lagi supaya semua orang Islam dapat didedahkan dengan program ST Richmind.

-Norjihan binti Nordin, Guru.


"nilai yang tak dapat dilupakan"

Suatu seminar yang penuh bermakna dan mempunyai nilai yang tak dapat dilupakan. Semoga ST Richmind terus berkembang dan menjadi program yang luar biasa.

-Noor’ani binti Ahmad, Pensyarah, UTHM.


"lebih berharga"

Satu input ilmu yang patut dikongsi bersama orang lain, lebih-lebih lagi untuk ahli keluarga. Seminar ini juga patut dipromosikan kepada pelajar-pelajar Islam untuk membantu mereka menjadi orang yang lebih berharga kepada masyarakat, Negara dan agama.

-Eradila binti Saiman, Guru, SMK Dato’ Syed Esa, BP.

"Mentor dan krew-krew sangat sporting"

Teruskan seminar ini tanpa henti. Mentor dan krew-krew sangat sporting. Kongsi maklumat tak kira student or parent. Cadangan saya, buat seminar ini di sekolah-sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah yang semakin runtuh akhlaknya especially remaja Melayu Islam.

-Nursyahidah binti Abdullah Seoi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...