Peserta berjumlah lebih kurang 100 orang. Ini adalah sebahagian daripada program sekolah untuk pelajar-pelajar lepasan PMR. SMK TU merupakan antara sekolah terbaik di kawasan Skudai. Antara faktor kejayaannya adalah komitmen guru-guru menganjurkan program-program pembangunan akademik dan sahsiah. Tahniah!
Ayuh kita lihat apa komen peserta pula:
"Setelah mengikuti program ini, saya rasa lebih berfikiran terbuka dan dapat mempelajari cara untuk menghilangkan tension dan menepis segala halangan."
- Nurul shafika bt syafei
" legakan segala masalah"
"St-richmind memang best! Dapat legakan segala masalah yang ada. Love st- richmind!"
- Dinie saniahtun mahfuzah bt mahmod fuad
"Program ini sangat berinformasi dan berguna kepada peserta tentang ilmu yang disampaikan. Peserta akan lebih bersemangat untuk hidup pada hari esok dengan pelbagai tips dan panduan tentang kuasa minda."
- Siti syuhada bt safaai
"Saya berasa lebih bersemangat dan berfikiran optimistik setelah mendengar motivasi yang telah disampaikan pakar motivasi. Teruskan memberi semangat kepada para belia remaja."
- Nur ellisa bt mohd ali
"Program ini telah menaikkan semangat saya untuk terus berusaha. Baru saya sedar bahawa saya mempunyai banyak impian untuk direalisasikan. Insyaallah."
- Muhd amsyar zarrin b zulkapli
"Saya rasa sangat gembira dan tenang selepas mengikuti program ini. Program ini sangat luar biasa kerana daya tidak pernah menjalani program seperti ini. Program ni best sangat-sangat. Program nie dapat mengajar saya. Terima kasih."
- Noor halini bt masbol
"pengalaman baru"
"Program smart-teen-richmind dapat membuka minda saya dengan lebih luas. Kini saya lebih bersemangat dalam kehidupan. Saya dapat pengalaman baru dalam program ini. Cadangan saya untuk membuat lagi program ini di sekolah."
- Muhammad asyraf b hj khairul anuar
"Sangat bagus..lain daripada yang lain. Program ini patut diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara. Program ini dapat membantu menyelesaikan masalah, meringankan beban. Membantu mempertingkatkan keyakinan diri untuk berusaha mencapai impian."
- Nur atiqah bt zakaria
"Bagus sebab program ini pelik tapi bermanfaat. Program ini membuatkan saya bersungguh-sungguh tahap maximum untuk menjadikan cita-cita saya menjadi kenyataan."
- Muhamad haiqal b mohmud jamal
Saya merasakan program ini sangat bagus untuk remaja masa kini. Ia memberikan satu inspirasi kepada remaja masa kini untuk mencapai matlamat mereka masing-masing.
- Normurni bt. Ithnin
"lebih bermotivasi"
"Saya sangat suka program ini kerana program ini banyak mengajar saya bagaimana hendak menggunakan kuasa minda yang ada bagi dipraktikkan dalam kehidupan saya. Saya terasa lebih tenang dan mampu menjadikan saya lebih bermotivasi dan berfikiran positif. Saya pasti akan gunakan apa yang diajar!!! Thank you."
- Norfazlin bt hj fadzil
"dapat kekuatan"
"Program yang amat baik untuk para remaja. Sepatutnya boleh datang sebelum kami periksa PMR supaya kami boleh dapat kekuatan. Bagitahu lebih awal supaya dapat mengatur masa dengan lebih baik."
- Fatin nursyafiqah bt zulhairi
"Pada pendapat saya, program ini sangat bagus. Program pertama yang menarik minat saya."
- Khairul izzat b azmy
"berguna dan sesuai"
"Pada pendapat saya, program ini harus dijalankan pada zaman sekarang. Ini kerana ia sangat berguna dan sesuai dengan apa yang kita hadapi sekarang ini. Saya dapat banyak pengalaman dari program ini dan saya akan menjadi seorang yang baik. Terima kasih abg dan akak."
- Ammar haziq b abd wahap
"Program ini bagus dan berbeza daripada yang lain. Saya dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat saya aplikasikan dalam hidup saya. Aktiviti sebegini perlu dikerapkan pelaksanaannya dan semoga melalui program ini dapat menjadikan para peserta lebih cemerlang."
- Nur amalina bt jamiran
" sangat berkualiti"
"Program ini sangat berkualiti dan patut diikuti oleh semua pelajar sekolah untuk mengubah diri dan memenuhi permintaan masing-masing. Program ini sangat bagus dan mesti terus dilaksanakan. Syabas st richmind!! Terima kasih!"
- Nooralia najwa bt zaid
" tak bosan"
"Program ini bagus! Program ini juga dapat membantu anak-anak melayu memajukan diri. Program ini tak bosan. Agak berlainan sedikit dari program yang lain. Buatlah lagi program macam ini. Pengalaman yang dapat, jiwa lebih tenang, dapat tahu cara pernafasan yang menenangkan. Best!"
- Nur ayu azlin bt che awang
No comments:
Post a Comment