JOHOR BAHRU, 7 Nov - ST-Richmind Community Programmes iaitu Seminar Terbuka- Rahsia Kuasa Minda (RKM ZS Community 3) telah berjaya diadakan di UTM dengan peserta hampir 300 orang.
Sinergi komitmen 100% peserta, trainer dan krew menjadikan program begitu bertenaga dan memberi impak maksima kepada semua orang. Komitmen peserta terserlah dengan kehadiran awal pagi dan memastikan program bermula tepat pada waktunya- suatu yang luarbiasa!
Semoga usaha kerdil program komuniti dan kemasyarakatan ST-Richmind Community ini dapat membantu negara tercinta ini membangunkan dan menaiktarafkan minda rakyat Malaysia ke minda kelas pertama.
Seminar terbuka Rahsia Kuasa Minda (RKM ZS Community 4) seterusnya akan diadakan di Batu Pahat pada 21 November 2010. Terbuka kepada semua. Daftar segera dengan harga promosi pengenalan. Tempat sangat terhad. Siapa cepat dia dapat.
Mari kita lihat komen para peserta. Terima kasih kepada para peserta yang telah memberikan maklumbalas. We love you all!!
“Assalamualaikum saya sangat bertuah kerana dapat menghadirkan diri dalam seminar ini. Saya sangat-sangat berpuas hati dan sangat berguna untuk generasi-generasi sekarang dan akan datang. Saya harap ST-Richmind akan mengadakan program seperti ini lagi dan saya tidak mahu ketinggalan. Saya dapat aura yang sangat luar biasa dan saya akan terus maju kedepan. Saya tak akan lupakan tarikh keramat ini. Terima kasih”.
-Rahma bt Abu Bakar, Peniaga.
" sangat berharga"
“Hari ini saya mendapat ilmu yang sangat berharga di mana selama ini kesenangan dan kekayaan yang saya sudah ada akan lebih saya hargai dan akan terus mencari rezeki untuk meneruskan hidup dengan kekayaan yang berkat, hati yang tenang dan hidup yang lebih bersemangat dan bersyukur kepada Allah”.
-Suzliha Shaari, Pengurus.
Komen: Pengajaran yang bagus. Cadangan: Supaya ST. Richmind ini akan Berjaya. Pengalaman: Dapat ilmu yang tidak dapat di mana-mana.
-Faridah bt A. Hamid, Pengusaha catering.
“Program Seminar Rahsia Kuasa Minda yang saya ikuti kali ini benar-benar memberikan pengalaman yang luar biasa dalam kehidupan saya dan selama saya mengikuti seminar hanya seminar ini yang betul-betul membuat saya berjaya nanti. Getaran yang di beri kepada saya membantu perkembangan sel-sel otak saya. Kaedah Alfa 8 sungguh berkesan. Saya dapat membayangkan segala-galanya. Sekian terima kasih. Memang luar biasa program ini”.
-Nafira Farhana bt Hj Ismail, Pelajar.
"Terbukanya mata"
“Saya sangat gembira dan rasa bertuah kerana berkesempatan menghadiri seminar ini. Terbukanya mata saya yang keyakinan diri lahir dalam diri saya sendiri dan bukan orang lain. Saya selalu buntu antara kerjaya yang saya minati dan tanggungjawab saya sebagai anak sulung kepada syarikat ibu bapa saya. Saya belajar dengan kesungguhan diri saya mampu membuat apa sahaja. Saya mesti jadi seorang penulis dan membantu ibu dan bapa saya”.
-Helena Syazrean bt Zulkefli, Pelajar.
“Program ini sangat bagus untuk merubah minda seseorang yang berada hanya di ruang lingkup hidup yang lama. Sebagai seorang pelajar, ia sangat berkesan untuk merubah fikiran negative saya terhadap had limit diri dan kemampuan diri saya yang sebenarnya. Saya dapat menyedari hakikat sebenar kemampuan diri saya”.
-Syamimi Bt Md Salleh, Pelajar.
“Segala ilmu yang dikongsikan hari ini amat bermakna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan untuk apa jua objektif. Saya akan terus menggunakan ilmu ini untuk tujuan anak-anak, kebahagian keluarga dan kesihatan yang baik”.
-Zareena Omar, Timbalan pendaftar UTM.
"diluaskan kepada lebih ramai"
“Satu program yang amat bagus dan mampu membuka minda para peserta. Saya cadangkan program ini diluaskan kepada lebih ramai orang lagi terutamanya mereka yang ingin mengubah hidup mereka agar lebih cemerlang. Saya ucapkan syabas kepada trainer dan pihak penganjur di atas program yang luar biasa ini”.
-Prof. Madya Hj Wan Zulkifli Wan Yusof, Pensyarah UTM.
“Komen saya ini adalah yang terbaik buat diri saya dan baik untuk generasi baru mengikut Rahsia Kuasa Minda supaya mengubah kehidupan masyarakat melayu”.
-Ramli b Tokiran, Marketing Manager.
“Kursus dan program ini memang luar biasa hebat dari mana-mana motivasi yang pernah diikuti. Bukan sahaja duniawi tapi untuk mendekatkan diri kepada pencipta iaitu Allah. Segala-galanya berbalik kepada Allah di mana kita sentiasa bersyukur dan meminta serta menyerah diri kepada-Nya setelah kita berusaha keras dengan penuh kesungguhan. Membantu meningkatkan momentum diri dan orang tersayang agar sama-sama menjadi luar biasa hebat”.
-Aryani Arnida Ismail. Pembantu tadbir.
“1.Seminar yang sangat-sangat-sangat bagus.
2. Dapat mengadakan seminar lanjutan lagi dengan kadar bayaran yang berpatutan.
3. rasa sangat-sangat-sangat hebat dan luar biasa
4. Minda lebih terbuka
5. Ingin berkongsi dengan orang lain
6. Ingin melihat orang lain Berjaya dan juga luar biasa seperti saya.
-Norhidayah Bahrom, Kerani.
“Hari ini saya dapat pengalaman dan ilmu yang sangat-sangat bermakna dan boleh dimanfaatkan didalam diri dan untuk masa depan yang cerah dan lebih baik lagi. Penceramah-penceramahnya juga sangat bagus dalam memberi ucapan dan dapat rasa keberkesanannya dalam diri saya”.
-Suhaila bt Muhamad, Pembantu makmal.
“ Bertuah kerana dapat menimba ilmu yang bermanfaat untuk digunakan pada waktu ini dan sampai bila-bila. Program ini perlu diteruskan kerana ianya dapat memberikan kesan yang amat membina dalaman dari sudut spiritual(kerohanian) bagi membentuk keyakinan kepada sesuatu perkara yang dilakukan”.
-Emran b Miswan, Pegawai Bank.
“ Saya akan berkongsi pengalaman ini dengan kawan rapat serta rakan-rakan yang bekerja dengan saya. Dan akan membantu mereka untuk meningkatkan minda mereka. Terima kasih banyak-banyak dengan apa yang telah dicurahkan kepada saya. Semoga Allah saja dapat membalas jasa kamu semua”.
-Hazmeera bt Saikan, Operator Pengeluaran.
“ Sangat menarik. Saya cadangkan agar program ini bukan sahaja diperluaskan kepada pelajar-pelajar malah kepada guru-guru juga. Ini dapat membantu guru mengawal minda dan emosi semasa P&P dan dapat mengawal minda pelajar untuk lebih fokus. Selain itu, program ini wajar ditingkatkan dari segi capaian maklumat samada melalui laman sesawang atau ‘one-centre’(tempat untuk orang ramai merujuk). Thanks STRM.
-Siti Sarah Ramli, Guru.
“ Menjalankan program ini lebih detail agar peserta dapat mengaplikasikan di masa hadapan. Pengalaman yang amat menyeronokan dan amat bermakna untuk diri sendiri. BEST, BEST, BEST. Teruskan program ini di masa akan datang.
-Hartina Che Ali, Guru.
“Saya sangat berpuas hati dengan seminar yang diadakan. Saya merasakan sesuatu di dalam diri saya. Penerapan nilai-nilai kasih sayang dan ketuhanan menjadi landasan kepada program ini. Sesuatu yang positif mula mengalir dalam diri dan pemikiran saya. Saya bercadang agar seminar ini diadakan lagi bagi menajamkan serta memperbaiki minda agar lebih bernas”.
-Noor Syamimi Asilah, StaffNurse.
“ Assalamualaikum, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ST-Richmind kerana ia sangat-sangat best dan amat berkesan pada saya. Saya berharap agar dapat terus bersama ST-RICHMIND kerana saya mendapat ilmu yang banyak dan amat berkesan. Terima Kasih.
-Tomisah Davan, Suri rumah
No comments:
Post a Comment