Wednesday, November 3, 2010

SMART TEEN RICHMIND>>> (COMMUNITY 3)


JOHOR BAHRU, 1 Nov - ST Richmind Community Programme Series- Smart Teen Richmind: "I Am An Excellent Student" (Community 3) telah berjaya dijalankan di SMK Taman Impian Emas, Johor Bahru dengan penyertaan pelajar pilihan tingkatan 3 seramai 50 orang.

Smart Teen Richmind memprogramkan minda pelajar menjadi pelajar yang cemerlang dan seimbang sebagai hamba Allah, anak, pelajar dan rakan, juga perkara yang selalu di anaktirikan iaitu pengurusan kewangan.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah SMK TIE kerana memberi peluang kepada ST- Richmind Community menyumbang kepada pembangunan remaja dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Mari kita lihat pula sumbangan komen-komen peserta:


"membuang tabiat buruk"

Saya rasa amat berbangga kerana dapat membuang tabiat buruk saya contohnya kurang ajar dengan ibubapa dan berkawan dengan budak nakal. Saya berjanji tidak akan ulangi perbuatan itu lagi. Program ini amat berbaloi untuk pelajar yang kurang cemerlang dan kurang adab.

-Muhammad Syazwan bin Zahirudin.

"memberikan kebebasan"

Buat lagi. Lebihkan masa. Nasihat/ motivasi yang sangat berguna. Harus diperluaskan. Saya sangat suka. Program ini memberikan saya banyak motivasi dan telah memberikan kebebasan untuk saya berjaya. Program ini sungguh bermakna bagi saya. Saya bangga dan berharap saya dapat menyertai program ini lagi.

-Siti Aisyah Mahadzir.

"sungguh kagum"

Saya sungguh kagum dengan aktiviti yang telah diadakan ini. Jika ada lagi program ini, saya ingin mengikutinya lagi. Ini adalah pengalaman pertama saya dalam mengikuti aktiviti ini.

-Mohd Ridwan bin Mohd Yunus.


"tidak pernah sangka"

Saya sangat berpuas hati dengan program ini. Dengan ini saya dapat banyak pengalaman baru yang saya tidak pernah sangka saya akan tahu. Saya sangat berharap program ini akan diadakan lagi di sekolah saya supaya saya mengetahui lebih banyak maklumat tentang bagaimana hendak menjadi banyak cemerlang.

-Nur Atiqah Iman Aminudin.

" dilahirkan semula"

Saya sangat bertuah kerana mendapat satu motivasi yang sangat berharga. Saya terasa baru dilahirkan semula ke dunia ini. Dengan seikhlas hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup menjayakan program ini.

-Badrul Amiruldin b Badrin

"tanpa getaran halangan"

Saya mencadangkan agar program ini dapat diadakan lagi di sekolah saya. Moga saya dapat membina masa depan saya dengan baik dan berjaya tanpa getaran halangan. Akhir kata, program ini amat bagus dan baik untuk semua golongan.

-M Izzudin b Rohaizad

"dirinya tidak pandai"

Program cukup berkesan. Mampu memberi semangat yang baru kepada para pelajar yang merasakan dirinya tidak pandai dan lemah. Wajib diteruskan.

-Muhammad Syahiruddin


" membuang masalah yang di anggap berat"

Saya amat menyukai program ini kerana dapat mengajar saya memberi ketenangan kepada diri sendiri dan membuang masalah yang di anggap berat. Cara penyampaian juga amat berkesan dan menceriakan.

-Muhammad Syamim b Mohd Nor.

"membukakan otak"

Program ini telah menyedarkan saya untuk perancangan masa depan yang akan datang dan ia telah membukakan otak saya menjadi luas dan tenang. Ia juga telah menyedarkan saya untuk berjimat cermat dengan sistem tabungan.

-Azwanis Shafikah bt Muhamad Suhaimi Nunis

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...