BATU PAHAT, 24 Okt- Syukur alhamdulillah, Seminar Terbuka - Rahsia Kuasa Minda (RKM) Community 2 (Zon Selatan) telah berjaya diadakan di Parit Raja dengan kehadiran lebih 300 orang dengan diiringi hujan rahmat. Terdapat juga peserta daripada Melaka, Muar, Kluang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Tahniah ST Richmind Community!
Sambutan luarbiasa terhadap seminar-seminar terbuka kebelakangan ini, walaupun yuran dikeluarkan daripada poket sendiri, satu petanda baik kepada kemajuan agama, bangsa dan negara tercinta. Pembelajaran dan pembangunan diri secara berterusan merupakan budaya di negara-negara maju. Tahniah kepada peserta yang hadir! Sesungguhnya anda telah mengamalkan sepotong ayat Al-Quran iaitu "Iqra' (Bacalah)".
Seminar Terbuka RKM Community 3 akan diadakan di Johor Bahru, Johor pada Ahad, 7 November 2010. Ini merupakan Seminar Terbuka terakhir berkonsepkan seminar 1 hari. Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan berita baik ini kepada adik-beradik, saudara-mara dan rakan-taulan. Sila daftar sekarang!! Tempat terhad!!
Beberapa perkongsian komen-komen para peserta:
-Saifol Bakhrin b Washim. Jurutera, SMM
"Talk ini sangat bagus dan sangat berkesan"
Talk ini sangat bagus dan sangat berkesan walau pada yang baru pertama kali mengikuti program ini. Saya ingin mencadangkan pihak tuan puan akan selalu mengadakan program ini di serata daerah Johor untuk rakyat negeri Johor agar dapat ilmu ini sebagus ini.
-Mohamed Nazri, Columbia Asia Hospital, Nusajaya
"bangkit menjadi orang baru"
Program yang sangat memberansangkan! Saya merasa bersemangat dan seperti bangkit menjadi orang baru sepanjang mengikuti program yang sangat bermanfaat ini. Saya juga teruja untuk menjadi insan yang lebih berjaya dan cemerlang dan pastinya menjadi insan yang luar biasa dalam hidup ini.
-Rohawati Kasbi, Operator, New Star Food Sdn Bhd
"menggunakan kuasa minda"
Program ini sangat berguna dan berkesan kepada mereka yang mempunyai semangat yang lemah serta yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Selepas mengikuti seminar ini, saya lebih berkeyakinan dan yang paling penting saya tahu bagaimana untuk menggunakan kuasa minda saya.
-Hadri Nordin, Mahasiswa UTHM.
Terima kasih kerana memberi saya peluang menyertai seminar ini. Sepatutnya saya mendapat peluang ini lebih awal tetapi mungkin belum jodoh saya. Seminar ini betul-betul membuka minda saya untuk bangkit dan terus bangkit.
-Radziah Jayos, Berniaga, Pontian.
"negative telah saya lemparkan jauh-jauh"
Setelah mengikuti program ini, saya rasa benar-benar positive thinking. Semua perkara negative telah saya lemparkan jauh-jauh. Saya juga begitu teruja dengan seminar ini kerana telah membersihkan jiwa saya yang selama ini diselubungi perasaan negative. Seminar ini sangat menyeronokkan.
-Rohanizah Arashad, Guru KPM.
Cara penyampaian yang berkesan, dapat menyedark
an saya tentang amalan yang lama ditinggalkan. Memberi keyakinan kepada saya untuk lebih komited dengan tanggungjawap kepada anak murid dan rumah tangga. Terima kasih ST. Terima Kasih Allah.
-Rodziah Bun, Guru, SMK Dato Syed Esa, BP.
Isi kandungan sangat baik untuk dipelajari dan di amalkan. Perlu diadakan lagi untuk ramai lagi orang Melayu khususnya. Tambah masa lagi.
-Mazidah Rustum, Guru SMK Dato Syed Esa
Saya suka program ini kerana ia membantu saya menggunakan minda saya dengan dan saya teringin sangat program ini dapat datang ke sekolah saya di SMK Semerah untuk membantu rakan-rakan saya memprogramkan minda dengan cara yang betul.
-Mohd Hakim Akmal b Rohaizat. Pelajar Tkn 4.
Pengalaman yang sangat luar biasa lagi berbisa. Saya akan cuba praktikkan dan akan membawa seramai mungkin rakan-rakan yang lain. Semoga program ini berjaya dengan jaya dan luar biasa.
-Zubaidah Jamein, Jurujual, Poney Garments Sdn Bhd.
"Sikap positif semakin tinggi"
Saya amat teruja setiap kali mengikuti seminar ini. Saya merasakan diri semakin bersemangat dan berkeyakinan tinggi. Sikap positif semakin tinggi dalam jiwa dan sikap negatif telah dibuang jauh-jauh. Saya amat yakin dan positif dengan apa yang akan terjadi pada masa depan saya. Saya akan habiskan apa yang saya dah mulakan!!
-Siti Nasyrah Abdullah, Staff Nurse, Columbia Asia Hospital, Nusajaya.
"di teruskan di university-universiti"
Program ini sangat berguna kepada saya. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati segala permintaan dan impian hidup saya. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Cadangan saya program ini di teruskan di universiti-universiti untuk program insaniah dan furnishing school. Pengalaman menyertai program ini sangat berharga dan saya bersyukur sangat-sangat.
-Nazwa Hidayah, Mahasiswa UTHM
"dikongsikan dengan lebih ramai"
Program ini sangat menarik dan sewajarnya dikongsikan dengan lebih ramai bangsa Melayu dan juga umat Islam supaya mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat (hidup dengan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keberkatan).
-Marfi’ah Sodono, Pegawai Pertanian, Jab Pertanian Malaysia.
"saya tak mahu ‘tidur’ lagi"
Sangat-sangat bagus dan berkesan kepada saya, saya tak mahu ‘tidur’ lagi. Saya ‘bangun’ semula dan akan terus berjuang sehingga ke akhir hayat untuk menjadi Jutawan Perempuan Melayu.
-Siti Shuhadha, Pej. Agama Johor
No comments:
Post a Comment