Saturday, October 16, 2010

SMART TEEN RICHMIND>>> (COMMUNITY 2)




BATU PAHAT, 13 Okt - Syukur alhamdulillah, program Rahsia Kuasa Minda - "I Am An Excellent Student" telah berjaya diadakan di SMK DSE dengan lebih 200 orang peserta, pelajar tingkatan 4.

Kaedah penyampaian yang lain daripada yang lain, memukau para peserta. Ini diakui sendiri oleh YDP PIBG SMK DSE. Walaupun masa singkat tapi sungguh padat dan berkesan, serta memberi impak maksima.
Terima kasih kepada SMK DSE kerana memberi peluang kepada ST-Richmind berkongsi kepakaran dan menambah nilai kepada kehidupan pelajar-pelajar dan para remaja amnya. Semoga kerjasama akan diteruskan.


Mari kita lihat komen peserta pula:


"amat dahsyat la"

Mmg sangat menarik dan amat dahsyat la.. Harap tahun depan dapat datang lagi. Saya akan guna pengalaman yang telah diberikan dengan bersungguh-sungguh.

-Nur Hazira bt Mohd Zaidee

"mengubah persepsi"

Saya amat menyukai program ini kerana dapat mengubah persepsi dalam diri saya. Saya lebih berasa yakin untuk mencapai matlamat saya dan menjadikan diri ini lebih berharga. Ini menjadikan saya lebih transformasi. Saya amat memahami apa yang diceramahkan dan penceramahnya sungguh santai dan jelas.

-Nur Atiqah Ismail

"berasa teruja"

Saya berasa teruja apabila mengikuti program ‘Mini Seminar Kuasa Minda’ dan bertekad untuk megubah cara hidup kepada yang lebih baik.

-Nazurah Ibrahim

"11A+ dalam SPM"

Saya berasa sangat gembira kerana saya telah belajar ilmu pengetahuan yang luar biasa dan sekarang saya yakin boleh mendapat 11A+ dalam SPM.

-Tan Kai Lin

"sangat baik untuk orang yang lemah"

Saya suka program ini, ia sangat baik untuk orang yang lemah dalam pelajaran.

-Woo Ai Fang

"sangat tenang"

Sepanjang saya mengikuti program ini saya berasa sangat tenang dan saya juga sangat bersemangat untuk menghadapi SPM pada tahun hadapan. Selain itu, saya berasa lega apabila saya dapat meluahkan masalah saya. Dengan ini saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menyayangi keluarga saya.

-Mohammad Hazim bin Hafiza Nazrul


"menghilangkan stress"

Saya amat berterima kasih kepada penceramah kerana dapar membentuk dan mengajar saya tentang minda dan kebaikan. Saya berasa sangat tenang dan dapat menghilangkan stress dalam diri saya. Saya doakan penceramah dan krew-krew hidup bahagia dunia dan akhirat.

-Nur Izzati Abdul Rahman

"ST Richmind can go to the International level"

Program ini banyak mengajar saya tentang menghargai ciptaan Allah swt. I want to be a millionaire in my life. ST Richmind group, you’ll have talent to go far away with this. ST Richmind group can go to the International level.

-Nurazsuhan Kamis

"an excellent student"

I feel very happy because I learn many important things today, I will try my best to become an excellent student from today.

-Neo Hong Yi

"Macam tak nak balik je"

Ceramah ni best. Rugi siapa yang tak masuk ceramah ni. Macam tak nak balik je. Saya harap ceramah ni akan diadakan masa akan datang.

-Abdullah Auf b Abdul Rahman

"Penuh dengan spontan, happening"

Program ni memang best gile-gile. Penuh dengan spontan, happening. Hari ini saya mendapat ilmu yang luar biasa dalam hidup saya. Thank you for everything.

-Nurfadillah bte Yusof

"You make us have power!"

You’re the best. Thanks for your speech. I’m very happy and grateful to see you. I hope you can come to my school again. You make us have power! I have abundant energy now! I’M A POWERFUL CREATOR!

-Wong Yi Shuang


"benda baru yang sangat luar biasa"

Terima kasih kerana menyedarkan saya benda yang tak pernah saya sedar selama ini. Inilah pertama kali saya belajar benda baru yang sangat luar biasa. Terima kasih sangat. Saya doakan team ini berjaya hingga ke akhir hayat. Doakan saya dapat 10A dalam SPM tahun hadapan.

-Nuraishah binti Zainudin


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...