Monday, October 4, 2010

Seminar Rahsia Kuasa Minda 1 -Testimoni


"getaran kuasa minda memang perlu"

“Alhamdulillah, sejak kali pertama dengar dan mengikuti seminar ini dari pagi dan petang, banyak pengalaman yang dapat dari teori dan praktikal yang diajar. Sumbangan idea diberi sungguh baik dan berkesan dalam hati dan minda sudah mula positif kearah kekayaan.
Dapat mengikuti seminar ini jika terluang sekiranya masa yang sesuai di lain tempat dan masa yang panjang dan harga tiket yang mahal dalam RM300 dan guru yang power.

Sekiranya Berjaya mencuba saya akan bawa kawan dan adik beradik dan saya beritahu bawa getaran kuasa minda memang perlu dalam hidup seharian dan beritahu ini kuasa minda yang positif untuk kearah kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan, keberkatan yang diperolehi oleh saya. ”
-Shahrizan bin Aimen, Chef cook.


"tidak ternilai dan bermanfaat"
“Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Smart Tycoon kerana mengadakan seminar tidak ternilai dan bermanfaat ini. Sememangnya saya antara yang bertuah kerana hadir pada hari ini.
Saya sangat berharap agar program ini dapat diteruskan dimasa akan datang.
Penceramah tidak membosankan dan cara penyampaiannya sangat santai, pemilihan tempat dan lokasi juga tepat. Alangkah baik jika semua leader mempunyai facebook agar dapat mendekatkan hubungan dengan semua network”

-Mohd Shah Rizal B. Ehwan, Pekerja swasta.



"Sangat berpuashati dengan kos seminar"
“Sangat berpuashati dengan seminar ini. Perlu ada dikawasan Batu Pahat pada masa akan datang.
Sangat berpuashati dengan kos seminar. Harap harganya pada seminar yang ke-2 kurang dari Rm50 sahaja seorang. Terima Kasih kepada krew Smart Tycoon”

-Mohd Hazeze B Hashim, Jurutera di Sharp Manufacturing Co.(M).



"ilmu yang tidak pernah saya dengar"
“ Saya telah mendapat ilmu yang tidak pernah saya dengar sebelum ini ia amat baik untuk semua manusia dan untuk orang yang nak kejayaan yang cemerlang”.

-Indara B Sabar, Tentera.



"Seminar yang sangat berguna."
















-Mohd Yahya B Masod, Penyelia PPD, Batu Pahat.


"tak mengantuk sepanjang seminar"












-Ruhamwati A. Hamid, Setiausaha pejabat, UTM.


"diperluaskan kepada setiap pekerja"
“ Seminar ini baik dipraktik dan diperluaskan kepada setiap pekerja samada swasta atau kerajaan supaya tenaga positif yang dipraktik dan disalurkan oleh penceramah dapat di salurkan kepada mereka untuk menjadikan mereka lebih Berjaya maju ke hadapan”.

-Noraliza Hamzah, Consultant.


"baik di buat kepada guru-guru"
“ Sebagai guru adakalanya saya berputus asa dalam mendidik terutamanya anak-anak didik yang lemah dalam pelajaran. Melalui kursus ini, saya mendapat ilmu untuk mengajar anak murid tentang getaran dan ‘wish card’ untuk mereka meletakkan matlamat dan impian hidup. Secara tidak langsung mengubah paradigma dalam menerima ilmu. Kursus ini baik di buat kepada guru-guru agar mengetahui teknik mengawal murid sebelum menyampaikan ilmu.

Saya juga sedikit demi sedikit membenarkan kata-kata suami saya yang selama ini saya anggap segala cita-citanya sebagai angan-angan. Fikir positif! Semoga Berjaya suamiku! Segalanya benar dalam kursus ini”.

- Zurriyatina Bt Zikep, Guru.


"Sesuai...setiap peringkat pekerjaan.."
“ Satu program yang baik. Sesuai untuk beginners dan setiap peringkat pekerjaan dan kerjaya. Insyaallah boleh dikembangkan lagi untuk semua peringkat, kawasan, daerah dan negeri untuk kejayaan sejagat”.

-Prof Dr Jamaliah Idris, Pensyarah di UTM


"boleh buat yang terbaik dalam kehidupan"
“ Saya rasa semakin bersemangat untuk meneruskan kehidupan seharian. Saya rasa yakin pada diri sendiri. Saya yakin saya boleh buat yang terbaik dalam kehidupan. Tak sabar rasanya nak menjadi orang yang kaya, bahagia dan berjaya dalam kehidupan. Alhamdulillah syukur saya dapat mengikuti program seperti ini”.

-Khairul Bariah Bt Mohd Amir, Guru KAFA.


"semangat baru hadir dalam hidup saya"
“Program ini sangat bagus dan sangat membina keyakinan saya dalam memperolehi apa yang saya inginkan dan idamkan. Segala teknik-teknik yang diajar di dalam dewan saya dapat merasakan kelainan dan semangat baru hadir dalam hidup saya. Dari program ini, saya harapkan dapat menyertai program lanjutan yang akan dianjurkan. Terima Kasih Smart Tycoon.

-Zuraihanim Bt Bachok, Siswi UTEM.


"...banyak perkara yang luar biasa..."
“ Sangat seronok dan banyak perkara yang luar biasa dapat dipelajari dalam program ini. Penceramah yang cun dan berkaliber memberi ceramah dengan penuh serius dan banyak maklumat berguna diberi dalam program ini.

Terima kasih mengadakan program yang sangat bermanfaat ini. Diharap dapat melakukan program ini di masa akan datang supaya ramai orang di luar sana dapat mempelajari kaedah ini untuk kearah hidup yang lebih sejahtera, Berjaya, berkat dan kaya”.

-Nurul Eizzah Bt Razali, Guru Tadika.


"...keluarkan anasir-anasir negatif..."
“Teruskan program ini selama-lamanya. Terima kasih kepada penganjur.

Dapat ilmu baru dan positif dalam hidup. Mulai sekarang saya telah keluarkan anasir-anasir negatif yang selalu hinggap. Menjadi orang yang yakin daya diri sendiri.

Dapat ilmu baru untuk meneruskan hidup. Dapat menjadi orang yang kreatif dan inovatif.
Pn Hjh. Atkah sangat bagus sebagai penyampai maklumat dan ilmu kepada saya”.

-Noraida bt Sulaiman, Guru Sek Men Kahang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...