-M. Amirul Ashraff bin Rukiman
“Program ini sangat bagus dan best. Program ini membuatkan saya lebih keyakinan diri. Program ini membuatkan saya belajar untuk menabung. Program ini mengajar saya untuk mengejar impian. Program ini sangat best.”
-Mohamad Fahruddin bin Muntazib.
“Saya berasa sangat seronok dan bersyukur dapat menyertai program ini. Kini saya berasa lebih bersemangat dan yakin pada diri saya. Saya bangga dengan Pak De dan Aunty Lin. Jika berkesempatan saya ingin mengikuti program ini lagi. Terima kasih Pak De dan Aunty Lin.’
-Maisurah Nursyakirah Mohaideen
“Tak de apa-apa komen. Semuanya best. Program betul-betul best. Saya cadangkan abang buat klinik untuk menguruskan wang. Itu lagi bagus.”
-Mohamad Shahrol bin Mohamad Sah
"...diteruskan ke sekolah yang lain..."
“Program yang sangat baik untuk minda dan otak kita. Terima kasih kerana hadir ke sekolah ini untuk memberi motivasi yang amat bernas. Cadangan saya ialah program ini harus diteruskan ke sekolah-sekolah yang lain supaya minda mereka berkembang.”
-Nur Izzaty bt Rosiyan Anwar
“Membuat aktiviti lebih banyak lagi. Ini pengalaman paling baik saya pernah menduduki. Datang lagi tahun depan untuk murid tahun enam akan dating.”
-Ahmad Zaidi b Zakaria
“Program ini di antara program ceramah yang terbaik yang diikuti oleh saya. Dapat banyak pelajari pelbagai teknik yang bagus dan berfaedah. Macam-macam cerita yang menyentuh hati seperti ada anak yang derhaka sehingga berbelas tahun tidak bertegur sapa dengan bapanya. Saya suka Aunty Lin sebab Aunty Lin dia pandai buat saya menangis dan begitu juga Pak De yang memberi ceramah atau teknik-teknik yang insyaallah saya ikuti.”
-Norhazirrah bt Abd Rahman
“Program ini amat bagus dan memberi banyak kesan yang positif. Program ini juga baik kerana dapat menaikkan semangat saya. Program ini dapat memberikan kami kesedaran kepada kami.”
-Amirushafiq b Pat Mono
“Program motivasi ini memang menyeronokkan dan menarik. Ia dapat memberi semangat terhadap murid-murid. Ia juga dapat menyedarkan murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Dapat membantu murid melangkah ke alam remaja. Saya berasa lebih semangat untuk berjaya dalam kehidupan dan bersedia melangkah ke alam remaja.”
-Syaza Syazwani bt Norhisham
“Program ini sangat baik untuk merancang masa hadapan. Cadangan saya untuk membuat program ini di sekolah menengah sutera. Pengalaman saya semasa mengikuti program ini ialah dapat merancang tentang kewangan. Cadangan yang lain untuk buat dekat sekolah lain. Tammat.”
-Nur Rohmah bt Badron
“Program ini memang best dan menyeronokkan. Ia boleh membantu saya menghadapi masalah saya yang selalu dihadapi. Ia meyakinkan saya tentang sesuatu yang saya dah buat. Saya harap program ini akan diadakan lagi di sekolah ini.”
-Nur Afiqah bt Azman
No comments:
Post a Comment