Tuesday, December 28, 2010

SEMINAR KUASA MINDA REMAJA- KEMBALI KE SEKOLAH

JOHOR BAHRU, 25 Disember- STRichmind Community telah berjaya mengadakan Seminar Khas Kuasa Minda untuk remaja yang bakal kembali ke sekolah. Kebanyakan para peserta merupakan anak-anak alumni Seminar Rahsia Kuasa Minda. Seminar yang seumpamanya telah diadakan di Batu Pahat pada 19 Disember 2010

Alhamdulillah para peserta melebihi sasaran yang ditetapkan. Satu slot khas bersama ibubapa telah diadakan di akhir program untuk memastikan 'mind-programming' yang dilakukan akan diteruskan di rumah. Tahniah kepada ibubapa yang hadir (98%). Kejayaan adalah usahasama dan komitmen di antara semua pihak.

Ayuh kita lihat aksi-aksi mantap sepanjang program.


Wednesday, December 22, 2010

SMART TEEN RICHMIND>>>SDARY JB (13/11/2010)

1

"Saya berasa amat seronok sepanjang mengikuti seminar ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. Saya berasa sangat beruntung dapat mengikuti program ini. Bersyukur kepada Allah kerana member peluang kepada saya mengikuti program ini. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu, terima kasih Allah."

- Nur Shahirah bt Mohd Farek.

2

"Program ini sangat berkesan dan saya berasa seronok sepanjang mengikuti program ini. Saya dapat mengubah dan mempelajari perkara-perkara positif dan baru serta meyakinkan diri dalam apa jua yang dilakukan, perkataan dan juga dalam hati. Saya berasa tenang sepanjang program ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada guru dan sahabat yang terlibat dalam program ini."

- Iffah bt Mohd Noor.

3

"First of all I want to thank you for the great service, pleasure and knowledge that you have gave me the honor to accept and appreciate. I would certainly recommend your program to my friends and my family. I would always remember to cherish what I have and be thankful. Again, thank you so much. You are wonderful."

- Nurul Fariha Ieza bt Zulkifli

4

"Sepanjang program ini saya gembira. Semua masalah release. Dah tak tension sangat, yang penting, I feel good."

- Siti Akashah bt Sanusi.

5

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyrtai program ini. Saya sedar kini matlamat saya dan keyakinan dalam diri saya mula terbentuk. Kita boleh dapatkan sesuatu walaupun pada anggapannya mustahil."

- Nur Hadianan bt Zaini

6

"Program yang sangat bagus kerana dapat meningkatkan kesedaran diri, keyakinan diri dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para remaja terutamanya bagi pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM."

- Nurul A’shiqah bt Zalehan

7

"Hari ini saya dapat banyak input yang bernas; How to be a smart student, Fikiran yang positif, Menguruskan biawak yang telah menjadi raja dalam diri. Alpha 8 merupakan kaedah terbaik dalam mengubah seseorang remaja kearah lebih baik."

- Muhamad Ruzaini b Abd Rahim

8

"Sebuah program yang sangat bermanfaat untuk remaja, menjadikan diri lebih tenang, gembira di samping mendatangkan impak yang positif . Ianya harus diteruskan bagi membantu pelajar/remaja yang lain."

- Muhammad Syafiq b Mihat

9

"Apa yang disampaikan sangat menarik. Semoga apa yang disampaikan ini dapat digunakan dalam mencapai impian serta kegunaan di masa hadapan. Terima kasih."

- Ida Alawiyah bt Khadisun Rais

10

"Best sangat. Ia memberikan semangat kepada saya dalam menghadapi peperiksaan SPM. Panjangkan waktu program dan diadakan sedari awal tahun bagi membantu para pelajar."

- Norfaezah bt Mustafa

11

"Saya berasa sangat gembira kerana mengikuti program Smart Teen Richmind. Melalui program ini, saya memperolehi ilmu baru yang sangat bermanfaat kepada diri saya."

- Zulfitri b Zulkifli

12

"Program yang sangat hebat dan best sekali. Saya berasa sangat seronok sepanjang program ini dijalankan dan tidak membosankan."

- Norizan bt Mohd Yusof

13

"Saya berasa sangat gembira dan yang paling penting, saya mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Rasa tenang dan program ini wajar diteruskan bagi memberi bimbingan kepada remaja dan demi masa depan remaja masa kini."

- Nazirah bt Daut

14

"Saya rasa sangat bangga kerana dapat mengikuti program Smart Teen Richmind. Saya dapat membina, mencorak semula hidup dengan penuh keyakinan di samping mengubah persepsi pemikiran saya ke arah lebih positif dan rasional."

- Mohamad Hafizzuddin b Mohamad Ali

15

"Program ini banyak memberi saya tips baru dalam menangani kegugupan saya untuk menghadapi peperiksaan besar; SPM. Program ini mengajar saya lebih positif, rasional serta menjelaskan lagi cita-cita saya."

- Amanina Syafiqah bt Shamshulbahrin

Wednesday, December 15, 2010

Seminar Rahsia Kuasa Minda 5

1
"Hebat dan luarbiasa. Semoga usaha ini dapat diteruskan. "
-Mohd Khahar bin Bachok, Pen Pengarah, Jabatan Pelajaran Johor.
2
"Saya suka program ini. Saya akan praktik ilmu yang saya dapat untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan semua demi mencari keredhaan Allah SWT."
-Nor Azizah Ali, Pensyarah UTM.
3
"Very well organized and uplifting new experience and learnings to be practiced to improve way of life."
-Dr Wan Nurulhuda Wan Shamsuri, Pensyarah Kanan,UTM
4
"Pengisian Program padat, Krew friendly, Mentor mengagumkan, Venue- kurang selesa skit, MC – World Class. Ilmu yg. Yg. Yg. Cukup menarik! Fantastic! "
-Mohd Asri / Rokaiyah, Businessman,KL.
5
"Program yang sangat baik dan dapat merasai satu kelainan dalam nak recharge minda yang selama ini melakukan rutin yang biasa. Sebagai seorang muslim, sememangnya perlu mengalami apa yang telah saya alami / pelajari dalam program ini."
-Nor Asmah A. Aziz. Pegawai Kajibumi, Jabatan Mineral & Geosains Malaysia.
6
"Sungguh menyeronokkan, mendapat ilmu yang berharga, menjadikan saya lebih berani dalam menggapai kejayaan dan cita-cita. Harap program ini terus dijalankan. "
-Nora Shahfeyana Baharom, Jabatan Pertanian.

7
"Program ini sangat menakjubkan. Semoga program ini lebih kerap dijalankan di seluruh Malaysia. Saya bersyukur menjadi ahli ST Richmind Cmmunity."
-Hayatun Azian Said, Guru, Pulau Pinang.
8
"Program sebegini adalah yg pertama kali saya sertai. Sungguh luar biasa. Program ini telah berjaya menyingkap potensi diri saya yang saya tidak sedari. Patut diperluaskan ke lebih banyak medium bagi membentuk bangsa yang lebih hebat. "
-Mohd Zuraihi Maaz, Usahawan IT & Mandarin Trainer, KWIK Mandarin (M) Sdn. Bhd.
9
"Saya rasa seperti mendapat semangat baru. Saya rasa lebih segar dan yakin. Tiada lagi negative thinking. Always positive."
-Sh. Ezatul Imma bt Syed Zainal Abidin, Pustakawan, UTMJB.
10
"Program yang sangat baik. Mentor-mentor tidak kedekut berkongsi ilmu. Memberikan saya banyak ilmu yang boleh saya praktikkan. Saya doakan krew2 semua berjaya."
-Jamal Abd Nazir, Akauntan, Senai Desaru Expressway.
11
"Program yang bagus dan berjalan lancar. Program yang sangat baik."
-Siti Rusanim Masti, Pegawai Ambank.
12
"Saya merasa gembira mendapat pengalaman dari menghadiri kursus ini. Berguna dan membantu meningkatkan taraf hidup yang lebih baik. Semoga program ini dapat diteruskan lagi untuk semua orang."
-Abdul Jamil Zainul Abidin, Berniaga Catering.

13
"Program ini sangat bagus kerana dapat membuka minda saya tentang perkara-perkara yang tidak pernah saya terfikir langsung/ tidak tercapai akal saya selama ini. Ia membantu saya mengetahui kuasa minda yang begitu hebat sekali. Terima kasih kepada pihak STRichmind."
-Asniza Sulaiman, Guru SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pontian.
14
"Seminar yang amat menarik
dan penuh dengan ilmu-ilmu yang sukar didapati di mana-mana dengan harga yang tersangat murah. Diharap ST Richmind akan dapat membuat seminar seperti ini pada masa akan datang."

-Mohd Faisal Abdillah, Guru, JPNJ.
15
"Syukur dan terima kasih Allah kerana memberikan saya peluang mempelajari ilmu yang sangat baik ini. Teruskan usaha ST Richmind untuk memberikan ilmu@ yang sangat baik ini."
-Nor Hafizah Misran, Guru, Sekolah Men. Agama Kerajaan Johor.
16
"Satu perkongsian ilmu yang sangat berguna bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga orang lain khususnya anak2, remaja, orang dewasa yang inginkan kejayaan dan keberkatan sejati dalam hidup mereka. "
-Mazidah Rustum, Guru, SMK Dato’Syed Esa, BPahat.
17
"Saya sangat bangga kerana dapat mengikuti seminar ini. Ini pengalaman pertama saya mengikuti seminar seperti ini. Banyak perkara yang saya perolehi dan saya akan lakukan dalam kehidupan. Saya berharap dapat mengikutinya lagi. "
-Pn. Amelin Hashim, Pej MB JOHOR.
18
"Satu perkongsian ilmu yang sangat menakjubkan, hebat dan sangat menarik. Ilmu ini amat perlu dikongsi dan di amalkan demi membangunkan personality minda yang cemerlang. Tahniah ST Richmind atas usaha ini. Ia perlu di usahakan semoga berjaya. "
-Norulazman Hj Md Nor, Arkitek, PAB Sdn Bhd.
19
"Sangat memuaskan. Suatu ilmu yang tak mungkin dapat sebegini murah tetapi pulangannya begitu mewah. "
-Afifah bt Khalil, Berniaga.
20
"Seminar ini memberikan begitu banyak maklumat yang tidak pernah saya dengar sebelum ini. Seminar ini membuatkan saya rasa lebih yakin untuk berjaya dalam hidup. Saya akan praktikkan ilmu yang telh saya pelajari hari ini. Terima kasih ST Richmind. Terima kasih Allah. "
-Hanidah Md Nor, Guru, SMK Subis.

Sunday, November 21, 2010

Seminar Rahsia Kuasa Minda 4

BATU PAHAT, 21 Nov- Seminar Rahsia Kuasa Minda (Komuniti 4) anjuran ST-Richmind Community Programmes telah mengegarkan Batu Pahat dengan semangat 100%, komitmen 100% dan tenaga 100% peserta, jurulatih dan krew yang seramai 200 orang di UTHM, Parit Raja. Memang lain daripada yang lain!! Tahniah semua!

Bagi sesiapa yang berminat dan ingin menghadiri seminar terbuka yang telah berjaya mengubah hidup ramai orang, peluang terakhir untuk anda di pusingan terakhir roadshow Seminar Rahsia Kuasa Minda di Johor Bahru pada 12 Disember 2010.

Ayuh kita lihat aksi-aksi luarbiasa para peserta:




Masih tak puas? Ayuh kita hayati apa komen mereka pula:

"membuka mangga/rantai kunci"

Tahniah ST. Anda telah benar-benar membuka mangga/rantai kunci kotak pemikiran saya. Saya akan aplikasikan pada diri dan individu disekeliling saya untuk sama-sama mencapai kejayaan LUAR BIASA!

-Aziziah Abd Hamid, Guru.


"ilmu yang berguna"

Suatu program sangat3x berguna. Boleh digunakan untuk kegunaan/faedah diri sendiri. Malahan ada kebaikan/faedah juga untuk orang-orang lain (keluarga, jiran dan masyarakat amnya). Semua golongan boleh ikuti termasuk anak-anak dibangku sekolah rendah, malah anak dalam peringkat bayi pun boleh di’apply’kan. Segala ilmu yang berguna, insyaAllah akan dimakbulkan Allah jua.

-Mohd Karim Jais, Guru.


"kaya beriman dan bjaya"

Insya-Allah,mulai hari ini apa yg keluar dr mulutku semuanya yg baik2..tidak bsangka buruk pd sesape..aku dh mind setting minda aku utk berubah jadi kaya beriman dan bjaya..dan bantu kwn2 ubah minda jadi kaya dan pencen awal.. kekayaan,kesihatan,kebahagiaan smua terletak pd minda.Allah anugerahkan kita otak yg hebat..Terima kasih Allah..syukur pd Allah.

-Tajul Asmawee, UTHM


"seorang yang POSITIVE"

Saya sangat berterima kasih pada ST Richmind kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat berguna yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Mengajar saya untuk menjadi seorang yang POSITIVE. Thank you penceramah, thank you to all crews and thank you to Allah for giving me this special chance.

-Hanisah binti Kosrin, Executive, Maybank.


"bahagia dan JUTAWAN"

Program yang bagus. Teruskan usaha untuk menyedarkan ramai lagi Melayu agar lebih berjaya, bahagia dan JUTAWAN!! Program perlu diadakan lebih kerap agar dapat pendedahan yang lebih dalam – Pengalaman yang excellent!! Chaiyuk2x

-Zairah binti Senin, Guru, SMK Dato’ Bentara Luar, BP.


"berbaloi datang"

Sebuah program yang sangat menarik dan berbaloi datang. Saya akan datang lagi ke fasa berikutnya.

-Mohd Daud bin Salleh, Guru, SMK Dato’ Onn, BP.


"anak dah pulih"

Subhanallah!! Wish card saya sebelum ini saya nyatakan anak yang sering histeria pulih sepenuhnya sebelum November (SPM 2010) semasa Rahsia Minda 24/10/2010. Hingga ke hari ini, Alhamdulillah anak dah pulih sepenuhnya. TQ Allah.

-Zalilah binti Mashhud, Suri rumah.


"satu kelainan, kepuasan, kenikmatan"

Program ini memberi satu kelainan, kepuasan, kenikmatan yang sebelum ini tidak pernah saya ikut . Satu program yang memberi perubahan yang drastik dalam hidup saya. Saya mesti memperluaskan program ini kepada setiap kenalan saya. Harapan saya supaya program seumpama ini dapat dteruskan lagi supaya setiap hamba Allah mendapat manfaat bersama.

-Mohd Zulhilmi bin Abdul Rahman.


"Community Service"

Program terbaik saya hadiri bersama isteri. Diharap dapat diteruskan program seperti ini lagi dimasa akan datang. Semoga ST Richmind terus berkembang dan maju tak kira di mana jua tempat. Semoga berjaya dalam Community Service.

-Hairul Hariz bin Adnan, Asst. Manager


"input yang sangat hebat"

Saya merasa bangga dan bertuah, bersyukur kepada Allah kerana menghadiri kursus yang hebat ini. Penceramah @ motivator yang sangat hebat dan crew yang sangat mesra dan memberikan layanan yang istimewa. Saya mendapat input yang sangat hebat yang telah mengubah saya menjadi orang yang lebih positif.

-Kelthom binti Yaacob, Guru, SMK TPPTN.


"Tahniah! Bagus"

Tahniah! Bagus. Teruskan usaha. Dapat memberi promosi dengan lebih hebat lagi supaya semua orang Islam dapat didedahkan dengan program ST Richmind.

-Norjihan binti Nordin, Guru.


"nilai yang tak dapat dilupakan"

Suatu seminar yang penuh bermakna dan mempunyai nilai yang tak dapat dilupakan. Semoga ST Richmind terus berkembang dan menjadi program yang luar biasa.

-Noor’ani binti Ahmad, Pensyarah, UTHM.


"lebih berharga"

Satu input ilmu yang patut dikongsi bersama orang lain, lebih-lebih lagi untuk ahli keluarga. Seminar ini juga patut dipromosikan kepada pelajar-pelajar Islam untuk membantu mereka menjadi orang yang lebih berharga kepada masyarakat, Negara dan agama.

-Eradila binti Saiman, Guru, SMK Dato’ Syed Esa, BP.

"Mentor dan krew-krew sangat sporting"

Teruskan seminar ini tanpa henti. Mentor dan krew-krew sangat sporting. Kongsi maklumat tak kira student or parent. Cadangan saya, buat seminar ini di sekolah-sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah yang semakin runtuh akhlaknya especially remaja Melayu Islam.

-Nursyahidah binti Abdullah Seoi.

Wednesday, November 17, 2010

SMART TEEN RICHMIND>>> COMMUNITY 4

JOHOR BAHRU, 12 Nov- Sekali lagi ST-Richmind telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan ST-Richmind Community Programmes (Edisi Remaja) - "I Am An Excellent Students". Kali ini di SMK TU, Skudai, Johor Bahru Johor. Terima kasih daun keladi.

Peserta berjumlah lebih kurang 100 orang. Ini adalah sebahagian daripada program sekolah untuk pelajar-pelajar lepasan PMR. SMK TU merupakan antara sekolah terbaik di kawasan Skudai. Antara faktor kejayaannya adalah komitmen guru-guru menganjurkan program-program pembangunan akademik dan sahsiah. Tahniah!


Ayuh kita lihat apa komen peserta pula:


"menghilangkan tension"

"Setelah mengikuti program ini, saya rasa lebih berfikiran terbuka dan dapat mempelajari cara untuk menghilangkan tension dan menepis segala halangan."

- Nurul shafika bt syafei


" legakan segala masalah"

"St-richmind memang best! Dapat legakan segala masalah yang ada. Love st- richmind!"

- Dinie saniahtun mahfuzah bt mahmod fuad


"lebih bersemangat"

"Program ini sangat berinformasi dan berguna kepada peserta tentang ilmu yang disampaikan. Peserta akan lebih bersemangat untuk hidup pada hari esok dengan pelbagai tips dan panduan tentang kuasa minda."

- Siti syuhada bt safaai

"berfikiran optimistik"

"Saya berasa lebih bersemangat dan berfikiran optimistik setelah mendengar motivasi yang telah disampaikan pakar motivasi. Teruskan memberi semangat kepada para belia remaja."

- Nur ellisa bt mohd ali


"banyak impian"

"Program ini telah menaikkan semangat saya untuk terus berusaha. Baru saya sedar bahawa saya mempunyai banyak impian untuk direalisasikan. Insyaallah."

- Muhd amsyar zarrin b zulkapli

"gembira dan tenang"

"Saya rasa sangat gembira dan tenang selepas mengikuti program ini. Program ini sangat luar biasa kerana daya tidak pernah menjalani program seperti ini. Program ni best sangat-sangat. Program nie dapat mengajar saya. Terima kasih."

- Noor halini bt masbol

"pengalaman baru"

"Program smart-teen-richmind dapat membuka minda saya dengan lebih luas. Kini saya lebih bersemangat dalam kehidupan. Saya dapat pengalaman baru dalam program ini. Cadangan saya untuk membuat lagi program ini di sekolah."

- Muhammad asyraf b hj khairul anuar

"meringankan beban"

"Sangat bagus..lain daripada yang lain. Program ini patut diteruskan dan diperluaskan ke seluruh negara. Program ini dapat membantu menyelesaikan masalah, meringankan beban. Membantu mempertingkatkan keyakinan diri untuk berusaha mencapai impian."

- Nur atiqah bt zakaria


"pelik tapi bermanfaat"

"Bagus sebab program ini pelik tapi bermanfaat. Program ini membuatkan saya bersungguh-sungguh tahap maximum untuk menjadikan cita-cita saya menjadi kenyataan."

- Muhamad haiqal b mohmud jamal


"satu inspirasi"

Saya merasakan program ini sangat bagus untuk remaja masa kini. Ia memberikan satu inspirasi kepada remaja masa kini untuk mencapai matlamat mereka masing-masing.

- Normurni bt. Ithnin

"lebih bermotivasi"

"Saya sangat suka program ini kerana program ini banyak mengajar saya bagaimana hendak menggunakan kuasa minda yang ada bagi dipraktikkan dalam kehidupan saya. Saya terasa lebih tenang dan mampu menjadikan saya lebih bermotivasi dan berfikiran positif. Saya pasti akan gunakan apa yang diajar!!! Thank you."

- Norfazlin bt hj fadzil

"dapat kekuatan"

"Program yang amat baik untuk para remaja. Sepatutnya boleh datang sebelum kami periksa PMR supaya kami boleh dapat kekuatan. Bagitahu lebih awal supaya dapat mengatur masa dengan lebih baik."

- Fatin nursyafiqah bt zulhairi

"menarik minat saya"

"Pada pendapat saya, program ini sangat bagus. Program pertama yang menarik minat saya."

- Khairul izzat b azmy


"berguna dan sesuai"

"Pada pendapat saya, program ini harus dijalankan pada zaman sekarang. Ini kerana ia sangat berguna dan sesuai dengan apa yang kita hadapi sekarang ini. Saya dapat banyak pengalaman dari program ini dan saya akan menjadi seorang yang baik. Terima kasih abg dan akak."

- Ammar haziq b abd wahap


"bagus dan berbeza"

"Program ini bagus dan berbeza daripada yang lain. Saya dapat belajar sesuatu yang baru dan dapat saya aplikasikan dalam hidup saya. Aktiviti sebegini perlu dikerapkan pelaksanaannya dan semoga melalui program ini dapat menjadikan para peserta lebih cemerlang."

- Nur amalina bt jamiran


" sangat berkualiti"

"Program ini sangat berkualiti dan patut diikuti oleh semua pelajar sekolah untuk mengubah diri dan memenuhi permintaan masing-masing. Program ini sangat bagus dan mesti terus dilaksanakan. Syabas st richmind!! Terima kasih!"

- Nooralia najwa bt zaid


" tak bosan"

"Program ini bagus! Program ini juga dapat membantu anak-anak melayu memajukan diri. Program ini tak bosan. Agak berlainan sedikit dari program yang lain. Buatlah lagi program macam ini. Pengalaman yang dapat, jiwa lebih tenang, dapat tahu cara pernafasan yang menenangkan. Best!"

- Nur ayu azlin bt che awang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...