Wednesday, December 22, 2010

SMART TEEN RICHMIND>>>SDARY JB (13/11/2010)

1

"Saya berasa amat seronok sepanjang mengikuti seminar ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang yang lebih berfikiran positif. Saya berasa sangat beruntung dapat mengikuti program ini. Bersyukur kepada Allah kerana member peluang kepada saya mengikuti program ini. Alhamdulillah. Terima kasih cikgu, terima kasih Allah."

- Nur Shahirah bt Mohd Farek.

2

"Program ini sangat berkesan dan saya berasa seronok sepanjang mengikuti program ini. Saya dapat mengubah dan mempelajari perkara-perkara positif dan baru serta meyakinkan diri dalam apa jua yang dilakukan, perkataan dan juga dalam hati. Saya berasa tenang sepanjang program ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada guru dan sahabat yang terlibat dalam program ini."

- Iffah bt Mohd Noor.

3

"First of all I want to thank you for the great service, pleasure and knowledge that you have gave me the honor to accept and appreciate. I would certainly recommend your program to my friends and my family. I would always remember to cherish what I have and be thankful. Again, thank you so much. You are wonderful."

- Nurul Fariha Ieza bt Zulkifli

4

"Sepanjang program ini saya gembira. Semua masalah release. Dah tak tension sangat, yang penting, I feel good."

- Siti Akashah bt Sanusi.

5

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyrtai program ini. Saya sedar kini matlamat saya dan keyakinan dalam diri saya mula terbentuk. Kita boleh dapatkan sesuatu walaupun pada anggapannya mustahil."

- Nur Hadianan bt Zaini

6

"Program yang sangat bagus kerana dapat meningkatkan kesedaran diri, keyakinan diri dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para remaja terutamanya bagi pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM."

- Nurul A’shiqah bt Zalehan

7

"Hari ini saya dapat banyak input yang bernas; How to be a smart student, Fikiran yang positif, Menguruskan biawak yang telah menjadi raja dalam diri. Alpha 8 merupakan kaedah terbaik dalam mengubah seseorang remaja kearah lebih baik."

- Muhamad Ruzaini b Abd Rahim

8

"Sebuah program yang sangat bermanfaat untuk remaja, menjadikan diri lebih tenang, gembira di samping mendatangkan impak yang positif . Ianya harus diteruskan bagi membantu pelajar/remaja yang lain."

- Muhammad Syafiq b Mihat

9

"Apa yang disampaikan sangat menarik. Semoga apa yang disampaikan ini dapat digunakan dalam mencapai impian serta kegunaan di masa hadapan. Terima kasih."

- Ida Alawiyah bt Khadisun Rais

10

"Best sangat. Ia memberikan semangat kepada saya dalam menghadapi peperiksaan SPM. Panjangkan waktu program dan diadakan sedari awal tahun bagi membantu para pelajar."

- Norfaezah bt Mustafa

11

"Saya berasa sangat gembira kerana mengikuti program Smart Teen Richmind. Melalui program ini, saya memperolehi ilmu baru yang sangat bermanfaat kepada diri saya."

- Zulfitri b Zulkifli

12

"Program yang sangat hebat dan best sekali. Saya berasa sangat seronok sepanjang program ini dijalankan dan tidak membosankan."

- Norizan bt Mohd Yusof

13

"Saya berasa sangat gembira dan yang paling penting, saya mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Rasa tenang dan program ini wajar diteruskan bagi memberi bimbingan kepada remaja dan demi masa depan remaja masa kini."

- Nazirah bt Daut

14

"Saya rasa sangat bangga kerana dapat mengikuti program Smart Teen Richmind. Saya dapat membina, mencorak semula hidup dengan penuh keyakinan di samping mengubah persepsi pemikiran saya ke arah lebih positif dan rasional."

- Mohamad Hafizzuddin b Mohamad Ali

15

"Program ini banyak memberi saya tips baru dalam menangani kegugupan saya untuk menghadapi peperiksaan besar; SPM. Program ini mengajar saya lebih positif, rasional serta menjelaskan lagi cita-cita saya."

- Amanina Syafiqah bt Shamshulbahrin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...