Monday, January 31, 2011

Seminar Rahsia Kuasa Minda 6 (BP- 30 Jan 2011)

1

"Program yang berjaya meningkatkan kuasa minda saya dalam menganalisa, menghadapi dan menyelesaikan masalah termasuk duniawi dan ukhrawi. Pendekatan kerohanian dilakukan menambah minat saya untuk terus memilih ST Richmind sebagai langkah terbaik saya dalam mengubah langkah kehidupan saya kepada yang lebih baik. Saya lebih berenegetik dan percaya kepada keupayaan diri saya."
- Nurulaini bt Tomingan, Guru KPM.
2
"Pengalaman lain dari yang lain. Ilmu yang amat bermanfaat buat generasi sekarang dan akan datang. Rasa kebergantungan secara menyeluruh kepada pencipta; Allah s.w.t."
- Siti Salmah bt Abdul Ghani, Engineer PCA Technology S/B.

Monday, January 24, 2011

Motivasi Pelajar UPSR 18A

JOHOR BAHRU, 22 Januari 2011- Terima kasih kepada pihak SRIH kerana memberi peluang kepada ST-Richmind berkongsi ilmu dan pengalaman dengan 160 pelajar-pelajar yang bakal menghadapi UPSR dan SPPM tahun ini.
Semoga mereka beroleh manfaat daripada program ini dan mencapai yang terbaik dalam UPSR dan SPPM. Semestinya 18A!

Ayuh ikuti komen-komen peserta kali ini:
1

"Saya rasa sungguh gembira mengikuti program ini dan pengalaman yang paling saya suka dalam program ini ialah berdoa dan bercakap dengan benda yang tidak hidup. Sekarang saya rasa ingin belajar bersungguh-sungguh kerana mendapat tips-tips untuk belajar. Harap program ini akan dilangsungkan lagi pada bila-bila masa. Saya suka akan penceramah kerana melayan kami dengan baik, terima kasih banyak. Wassalam."
- Nur Sabrina bt Khairanuar, pelajar.
2
"Alhamdulillah. Program ini amat bermakna dan berguna untuk saya. Semangat untuk belajar mula muncul dalam hidup saya. Walaupun badan terasa letih, tapi ia amat berguna bagi saya. Nasihat-nasihat yang diberi akan saya amalkan. Saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke sekolah dan terima kasih SMART TEEN MIND."
- Maryam Nadhirah bt Baderol Allam, pelajar.

Monday, January 3, 2011

"SPECIAL TRAINING" KUASA MINDA UNTUK KECEMERLANGAN GURU


JOHOR BAHRU, 28 Disember- STRichmind Community dengan kerjasama SRK TUTA berjaya mengadakan 'special training' kuasa minda untuk kecemerlangan guru sebagai satu inspirasi kepada guru-guru untuk memulakan sessi baru persekolahan 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...